MENAWARI TANPA MEMAKSA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. SEMANGAT KEMERDEKAAN terlihat sana sini. Sana sini meriah dengan persiapan meraikan ulangtahun kemerdekaan negara kita Malaysia yang ke-66. MasyaAllah. Tabarakallah. Alhamdulillah. Syukur.
Bendera Malaysia. Bendera negeri. Bendera daerah. Tiga bendera sekali berkibar. Tapi dihalaman rumah babah mamah dua bendera sahaja setakat ini. Bendera Malaysia dan Bendera Negeri Johor. Alhamdulillah. Bila nak beli bendera daerah.. asyik sold out saja. Tepuk dahi dibuatnya. Kadang dah pesan minta tinggalkan satu.. eh tak ada juga. Geramnya laaaaaah.
Dulu disaat Tanah Melayu dijajah, tentu sahaja hak dan kebebasan bersuara terhad atau mungkin tiada langsung. Tapi sekarang tersangatlah jauh berbeza. Betul tak. MENAWARI TANPA MEMAKSA. Mungkin tidak semualah tapi sebahagian besarnya sudah bijak. MENAWARI TANPA MEMAKSA. Lebih terbuka dan lebih berdamai. Semakin dipaksa, eh semakin keras kalau manusia ni. Tapi masalahnya, bila berlembut, eh pijak kepala kita pulaknya. Hurmmmm. Betul tak. Itu yang menyakitkan hati.
Baik itu tawaran perkhidmatan. Khidmat nasihat. Kepakaran. Kemahiran dan sebagainyalah.. tolong sangat-sangat jangan ada paksaan untuk orang terima, beli atau lakukan. Sekarang bukan begitu lagi caranya. Harus terbuka untuk terima penolakan atas apa yang ditawari kepada orang lain.
Menawari tanpa memaksa lebih memudahkan banyak urusan. Bebas rasa bosan dan terpaksa. Tidaklah dicop sebagai pengugut terhadap orang lain. Berlapang dada dan fikiran mengurus hal apa pun. Nampak tak. Semua insyaAllah jadi tenang sahaja. Menang.. menang. Alhamdulillah sangat-sangatkan. Tak gitu.
Menawari ada banyak bentuk dan menjurus pelbagai aspek. Ada teknik berbeza-beza. Tidaklah semua dengan cara atau pendekatan yang sama.
NOTA PC : jangan menipu
Tags:
Santai Peribadi