OLAH RASA PUTAR MINDA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. SEKARANG CABARAN segenap sudut. Dulu, keluar rumah baharulah nampak dan tahu ada masalah di mana-mana. Sekarang tidak lagi begitu. Semua sesuai dengan waktu dan zamannya. Cuma kita ni kena pandai olah rasa dan putar minda.
Olah rasa. Bukan senang. Macam berperang. Berperang dengan diri sendiri. Berbicara dalam hati. Menongkah arus tak mudah. Macam itulah ibaratnya. Olah rasa. Bila nak olah rasa daripada rasa yang negatif kepada yang positif. Mahu lawan. Hal tak baik, mudah dapat sokongan. Syaitan iblis. Fuh. Itu yang nak olah rasa yang hitam menjadi putih jernih, tidak mudah.
Putar minda. Sekarang serba cepat. Serba taktik atau teknik. Kreatif. Inovatif. Tidak boleh cara gini, kena cuba cara gitu. Memang serba pantas. Semua kena cepat. Tapi ada banyak risikonya. Ya, sekarang bila banyak dan tinggi kadar persaingan maka banyak yang tidak boleh tetap dilakukan. Dilarang pun tetap dibuat juga. Salah pun dianggap betul. Nampak tak. Putar minda ni ada dua. Ke arah yang baik atau ke arah yang sebaliknya. Pandai-pandailah pilih.
Satu hal lagi yang PC rasa sekarang adalah macam mana nak olah rasa dan putar minda bila melayari media sosial. Dulu nak dapat berita melalui tv atau radio. Sekarang ditangan, hujung jari di mana pun boleh dapat berita dan tahu cerita. Sangat mudah. Betul-betul mudah. Tapi tak mudah nak kawal fikiran dan perasaan. Bila tengok apa yang dikongsikan, mahu tidak mahu kadangkala minda dan emosi terheret sama. Sungguh!. Mencabar tau.
Kesimpulannya, kena pandai asingkan. Perlu dan baik, ambillah. Kalau tidak, cepat-cepat hindari dan buang jauh-jauh terus. Sekiranya tidak bijak olah rasa dan putar minda, akan banyak hal tidak baik kita serap kemudian meracuni hidup seharian. Sentiasa. Berbahaya jugakan.. moga tidak. Aamiin.
NOTA PC : banyak ragam
Tags:
Santai Peribadi