RASA RISAU | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. TIDAK SELALU LAPANG DADA DAN FIKIRAN. Mungkin ada lah orang yang sentiasa gembira tak kira masa dan tak kira situasi. Ada kot, cuma PC yang tak tahu dan belum pernah jumpa. PC selalu jumpa yang biasa-biasa. Normal. Ada masa gembira. Ada masa sedih. Ada masa rasa risau.
Rasa risau. Bila ada rasa risau bermakna sudah mula matang mengendali persekitaran. Maksudnya, otak tu dah pandai berfikir. Dah tahu membeza situasi. Taklah semua dipukul rata semata. Risau ni tak semestinya ditunjuk secara terang-terangan. Tak!!.
Ada orang pandai cover. Dia risau sangat-sangat tapi tak ditunjukan pun risaunya yang sangat-sangat tu. Sampai kita pun tak tau dia tengah risau. Ada orang memang boleh nampak jelas dan memang ditunjuk pun sebab tak reti nak cover rasa risau. Lebih lucu.. ada orang risau bila dia tengok orang lain risau. Baik-baik tenang jadi tak tentu arah. Gara-gara nampak orang lain risau punya pasal.
Zaman sekarang, kadang kita bukan risau kerana diri sendiri atau risaukan kerabat sendiri.. tapi rasa risau dengan keadaan semasa. Dulu-dulu, orang punya hal.. kita tak perlu masuk campur. Lagi la bila tak ada kena mengena. Tapi sekarang dah tak boleh. Tak boleh buat tak tahu. Bahaya. Sebab biasanya akan terheret sama. Paling tak pun dah jadi subahat.
Nampak tak. Sedar tak. Perlu cakna sana sini. Ditambah la sekarang penggunaan media sosial meluas ke mana-mana. Rasa risau mesti timbul pada diri. Walau tak nak rasa risau tapi kadang isu yang ada dan ditimbulkan merangkumi isu atsu masalah dunia. Ya bertaraf dunia ya. Macam mana la tak rasa risau. Hari ni tengok orang. Tak mustahil esok lusa diri kita yang alami masalah apa pun itu.
Rasa risau. Semoga buat kita semua berhati-hati.
NOTA PC : panas terik tapi ada guruh, risau
Tags:
Santai Peribadi
betul sangat PC bila dihantarNya rasa risau resah gundah gulana, hikmahnya kita semakin kerap memohon dan menyebut-nyebut namaNya... Allahu Akhbar..
BalasPadam