SEBENARNYA NAK TOLONG DIRI SENDIRI

SEBENARNYA NAK TOLONG DIRI SENDIRI | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. TOLONG MENOLONG. BANTU MEMBANTU. HULUR TANGAN RINGANKAN BEBAN. TANGAN YANG DI ATAS ITU LEBIH BAIK. Ada banyaklah lagi yang memberi makna memberi itu baik. Cakna itu salah satu cara menyelamatkan dan sebagainya.

Bila difikir semula, daripada kita kecil lagi dah disemai dengan bermacam benih-benih kebaikan. Nasihat agar selalu berbuat perkara yang elok-elok. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali-kali. Betul tak?. Cer jawab. Betul kan. PC percaya, sahabat blogger yang dah ada anak pun akan selalu nasihati anak-anak supaya pilih hal yang baik. Buat perkara baik. Kan.. kan.. kan.

Tapikan..
Sebenarnya..

Buatlah apa sahaja kebaikan. Sebenarnya kita ni sedang berusaha bantu diri sendiri. Nak senangkan diri sendiri. Apa yang Allah suruh tu, apa yang Allah swt larang tu.. semua nak senangkan diri kita sendiri masing-masing. Nilah sementara masih hidup. Sementara masih di dunia. Rebutlah. Niat kerana Allah supaya hati kita tulus dan lurus.

SEBENARNYA NAK TOLONG DIRI SENDIRI

Kita dapat orang lain pun dapat. Memang betullah tu bila berbuat kebaikan. Kebaikan ni sangat banyak dan luas. Kalau libatkan orang lain itu satu bonus untuk kita juga. Tapi percayalah, pusinglah macam mana pun.. tetap sahaja apa kebaikan yang kita buat mesti hujungnya untuk bantu diri sendiri. Dan memang itu yang Allah swt mahu.

Segala ajaran, ilmu, peringatan baik untuk kebaikan daripada Allah swt melalui Al Quran, segala sunah daripada Rasulullah saw itu jadi dua landasan besar dan jadi ticket mahal untuk kita semua bantu diri sendiri. Demi dapat kesenangan hidup di alam abadi kelak. Aamiin.

NOTA PC : cahaya selalu ada

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama