SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-66 | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. ALHAMDULILLAH. NIKMAT. TERIMA KASIH ALLAH atas nikmat kemerdekaan untuk kami rakyat Malaysia.
Cuti sekolah dan cuti sambutan hari kemerdekaan negara. Rezeki cuti dalam cuti. Maka meriahlah di sana sini. Kampung sunyi la pulak. Mungkin ramai yang keluar jalan-jalan dan menginap di mana-mana bersama ahli keluarga. Luangkan masa bersama-sama keluarga. Sementara ads masa, rezeki dan peluang. Silakan. Ayuh.
Tema sambutan hari kemerdekaan negara ke-66 tahun ini;
Malaysia Madani : Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan
Tinggal di bawah satu bumbung. Hati dan fikiran lain-lain. Hidup di dalam satu negara iaitu Malaysia, tidak menjadi satu hal yang aneh adanya perbezaan di sana sini. Wajarlah. Sangat wajar. Cuma, perbezaan ini kalau dikendali dengan baik ianya menyatukan dan sekiranya semakin disiram minyak kemudian dicucuh dengan api, maka tidak mustahil peperangan dan pertumpahan darah kembali terjadi. Pilihan didiri masing-masing rakyat Malaysia.
Berbeza bangsa.. agama.. budaya dan bahasa, mungkin menjadi salah satu tembok. Tapi zaman yang serba mudah ini, semua boleh dikendali dengan betul dan baik sebagaimana sewajarnya. Mahu atau tidak sahaja.
NOTA PC : 66 tahun. Semoga kita semua tidak terbelenggu dalam zaman kejahilan.
Tags:
Santai Peribadi
Salam kemerdekaan
BalasPadam