SEMAKIN KOSONG | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. AKHIR ZAMAN. Cabaran semakin besar. Semakin berat untuk diranggung dan dihadapi dengan baik juga. Perasan atau tidak, hakikatnya begitulah. Semakin kosong.
Apa;
Jiwa. Banyak jiwa-jiwa yang kosong. Buktinya banyak hal tidak wajar berlaku, telah berlaku dan tanpa rasa bersalah atau tanpa rasa berdosa melakukan. Jangan kata yang muda remaja dan belia.. tu warga emas pun tidak ada kurangnya. Allahuakbar.
Fikiran. Bahaya dan parah. Kosong dengan buah fikiran yang bermanfaat, diisi dan dipenuhkan dengan hal atau idea yang tidak-tidak. Kalau fikir sahaja pun tidak boleh, apatah lagi melakukannya. Sakit!!. Menakutkan.
Lisan. Cakap mudah. Buat memang susah. Lisanlah walau sepatah kata, tapi kata itu bermanfaat. Buat orang sedar dan belajar. Cakap yang merepek. Merapu, memang ada penggemarnya yang tersendiri. Itu yang sama tune. Jadi, jangan peliklah kalau cakapnya banyak. Dari celik mata sampailah tidur malam, tapi bila kita dengar.. satu apa pun tak ada kepentingannya. Kosong.
Lagi;
Kali ini parah. Masjid dan surau yang indah rekaannya, selesa untuk dikunjungi.. kian kisong. Ya, semakin berkurang hari demi hari. Allahu. Betul, nak beribadah tidak semesti ke masjid atau surau, tapi bila berjamaah, bukan cuma ibadah.. dapat berukhuwah, berganda pahala, erat silaturahim sesama.
NOTA PC : jom kembali mencipta suasana meriah, ceria dan gembira diberkari Allah swt.
Tags:
Santai Peribadi
Salam ukhuwah.. hehe .. I think in future kan, masjid akan semakin kosong dengan membesarnya generasi yang sekarang ni yang kurang ke masjid dan cuma berminat dengan gadget. Semoga anak-anak kita nanti tak leka dengan dunia.
BalasPadam