SIMPAN

SIMPAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. ALHAMDULILLAH. HUJAN. Awal pagi dah hujan. Sebelum subuh mula hujan hinggalah sekarang masih lagi hujan. Sekejap lebat sekejap cuma gerimis sahaja. Air parit dah mula penuh. Seronoknya pokok teratai semakin jelas kelihatan bunga-bunganya yang indah. 

Walau dah hujan lama. Langit masih lagi gelap. Awan masih lagi menyimpan wap-wap air. Masih lagi mahu menumpahkan menjadi rintik-rintik hujan yang tidak mustahil semakin deras. MasyaAllah. PC tak pasti kebenarannya, tapi dari PC kecil sampai la dah tua ni.. PC selalu dengar orang cakap.. bila mula hujan hari Khamis mesti akn berterusan hingga hari Jumaat tanpa henti. Setakat ini, begitulah rutinnya. Bila Allah rezekikan hujan hari Khamis, paling awal pagi.. akan terus hujan hingga Jumaat petang. Mana-mana pun alhamdulillah. 

Cuaca ni sukar diramal. Sebab itulah disebut sebagai "ramalah kaji cuaca". Bukan "tepat kaji cuaca". Segalanya mungkin berlaku. Kadang diramal hujan ribut petir, rupanya panas berdenting. Yang ribut orang dalam rumah. Mandi tak sudah. Keluar beli ais la. Panas terik punya pasal. Nanti diramal panas kemarau, eh hujan lebat berhari-hari. Maka berpusu-pusulah ke dobi masing-masing. Nak basuh pakaian. Kalau basuh kat rumah dah jadi macam kedai pakaian. Semua ruang sangkut pakaian. Penuh!.

Banyak perkara Allah swt simpan untuk kita. Bukan cuma cuaca sahaja. Ada banyak lagi yang di luar pengetahuan kita. Kita ni boleh meramal sahaja. Semua yang tepat cuma Allah swt sahaja yang tahu.  Nanti bila dah berlaku, haaa masa itulah kita tahu dan sedar owhh gini rupanya. Sebab tu la kena didik hati bersangka baik dengan Allah selalu. Kita dapat macam mana yang kita sangkakan. Allahuakbar. 

Kalau Allah simpan untuk kita, kita pun kena simpan juga untuk diri sendiri. Simpan apa tu?. Simpan aib diri sendiri dan simpan aib orang lain. Simpan duit sebagai tabungan tapi hangan sampai jadi bakhil, nanti jauh daripada syurga. Simpan kenangan yang baik-baik untuk terus dikenang. Mana yang tidak baik tu jadikan sempadan dan tauladan. Ada banyak "simpan" yang dari Allah swt untuk kita hamba dan makhluk. "Simpan" juga kita sebagai hamba dan makhluk. 

NOTA PC : alam semesta menjadi saksi
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama