BETUL-BETUL BERSERAH

BETUL-BETUL BERSERAH | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Hihi. BUKAN DAN TIDAK MAIN-MAIN. BERSERAH. Memang tidak mudah. Tentu sahaja rasa waswas dan berprasangsa akan menyelinap masuk. Masuk dalam hati. Menyerang fikiran. Bezanya kadang parah kadang biasa-biasa je. 

Zaman para nabi cabarannya begitu. Akhir zaman yang sedang kita lalui cabarannya begini. Apa yang sedang terjadi sekarang ni Allah swt dah meklumkan kepada Nabi Muhammad saw. Nabi dah tahu dah. Sebab itulah hingga hujung nyawa baginda tetap ingat akan umat baginda. Baginda Rasulullah saw risau. Risau sangat-sangat. Kita? PC?.. tanyalah diri masing-masing. 

Betul-betul berserah. Sungguh-sungguh tawakal. Sungguh-sungguh pasrahkan. Kalau boleh betul-betul buat.. nikmatnya luar biasa. Sebab ianya ada kaitan antara hati dan iman, ketenangan fikiran dan taqwa. Beratkan. Jujur, PC sendiri tidak sentiasa betul-betul berserah. Ada rasa ragu. BUKAN RAGU DENGAN ALLAH SWT ya. Tapi ragu dengan diri sendiri. Mungkin rasa rendah diri la agaknyakan. Allahuakbar. 

Tapi ada masa-masa tertentu, rasa betul-betul berserah itu ada. Sungguh-sungguh ada.. ya Allah swt tunjuk. Power of Ya Razaq. Full of MAHA ALLAH untuk kita ni sandarkan semuanya pada DIA. TAK TIPU!!. Jangan ada rasa sangsi atau rasa ragu padaNYA dalam hal apa pun. Berdamailah dengan diri sendiri. Nanti rasa damai dan tenang itu kian mendekat rapat.

Akan banyak sinar kian terang. Simpulan terlerai ringan. Syaratnya usaha dulu. Doa dulu. Tapi ada masa-masa tertentu, nak usaha pun buntu. Macam tertutup gelap. Berat. Putus semuanya. Ya, keadaan ini ada PC rasa. Mungkin orang lain juga rasa. Mahu usaha buntu. Ke kanan tak kena. Ke kiri serba salah. Macam putus harapan. Bukan tidak usaha ya. Tapi mahu usaha atau ikhtiar itu sendiri pun ada masa-masanya macam tumpul otak nak mencari jalan. 

MAKA;

BETUL-BETUL BERSERAH.  Selagi direzekikan masih bernyawa.

NOTA PC : andai usahaku, doaku berada pada kadar yang sudah memadai sekadarnya.. jalan seterusnya aku betul-betul berserah pada MU WAHAI ALLAH

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Hidup skrg begitu terasa sukarnya... Tp selagi Allah di hati InsyaAllah semuanya baik2 saja. Semoga Allah pelihara diri kita daripada fitnah akhir..aaminn

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama