BUKAN TIDAK BOLEH BERUBAH | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. NABI MUHAMMAD MENDAPAT WAHYU PERTAMA PADA USIA 40 TAHUN. Nabi menjadi rasul. Simbolik angka 40 itu, pada usia umat menjadi sunah dan garis. Mahu berubah menjadi lebih baik, atau terus dalam keadaan tingkah laku yang tidak baik.
PERCAYALAH FITRAH MANUSIA semua yang lahir baik-baik sahaja. Semuanya baik. BERSIH. SUCI. Mula-mula yang mencorakkan adalah ibu bapanya. Kemudian dirinya sendiri. Masing-masing. Betul tak. Ibu bapa ajar anak-anak hal yang baik. Nak semua anak-anaknya jadi insan yang baik. Senang dunia. Senang lagi berganda-ganda di akhirat. Impian ibu bapa tu.
TERSILAP LANGKAH siapa pun tidak mahu. BUKAN TIDAK BOLEH BERUBAH. Mudahnya begini. Kita beli buku. Buku baharu. Bersih. Mestilah kalau boleh tak nak ada sikit pun contengan yang tidak bermanfaat. Nak ditulis dengan sesuatu yang berfaedah sahaja. Muka surat pertama hinggalah muka surat terakhir.
Macam tu jugalah hidup kita ni. Ada kesilapan yang kita buat sama ada sengaja atau tidak sengaja. Ada yang sekali je buat silap, sedar dan tak ulang lagi. Paling sakit hati, buat salah, tahu buat salah bila ditegur eh ulang lagi dan lagi. Memang mencari masalah. Mendidih hati dibuatnya. Geram je tengok.
Sebenarnya BUKAN TIDAK BOLEH BERUBAH. Boleh. Hidayah tu perlu juga dicari. Mesti juga diusahakan. Ya, hidayah tu milik Allah, memang betul. Allah nak beri hidayah pun tengok hati kita juga. Ada usaha ke tidak. Kalau umur nabi menjadi rasul setelah mendapat wahyu pertama itu 40tahun, cuba tengok kita sekarang macam mana yang sudah berusia 40 tahun atau sudah lebih 40 tahun. Faham-faham sendiri la ya.
NOTA PC : selagi Allah swt izin bernafas
Tags:
Santai Peribadi