MASIH KELETIHAN BALIK DARI KUANTAN PAHANG

MASIH KELETIHAN BALIK DARI KUANTAN PAHANG | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. SELAMAT SAMPAI. HOME SWEET HOME. Syukur. Alhamdulillah.  Selepas 6 tahun. Ke Kuantan semula. Lama sungguh la. Allahuakbar.

Semua sudah tertulis. Menjadi takdir yang tercatat. Tidak merancang jauh hari pun. Spontan. Idea adik ipar PC. Jam 3 petang cakap. Eh, jam 5.30 petang gerak. Bab mengemas tu yang tak boleh tahan. Walau cuma semalam pun. 

MASIH KELETIHAN BALIK DARI KUANTAN PAHANG
Rezeki buah manggis. Masih ada yang belum ranum

Kadang rancang bagai nak rak tak menjadi. Bila spontan haaaaa terus jadi. Allahuakbar. Alhamdulillah. Semua Allah swt permudahkan. Lancarkan. Pergi dan balik. Jammed tu lumrah. Masing-masing dah mula balik. Cuma seram bila banyak kenderaan berat. Lori besar macam tak putus-putus. Sentiasa ada. Kecut perut bila berselisih. 

Mungkin singkat waktunya. Tak cukup rehat. Rasa letihnya lain macam. Makan cukup pun kalau kurang tidur, eh lesu juga. Tidur cukup pun tapi perut lapar, ahhh kacau bilau pulak jadinya. Tak gitu. Tapi ni masing-masing letih. Ngantuk. Anak-anak buah PC pun bantai tidur je kat rumah masing-masing. 

Memang seronok. InsyaAllah nanti ke sana lagi. Mungkin selepas biras PC selamat melahirkanlah. Aamiin. 

NOTA PC  : Baju pun dah selesai dilipat dan disusun.. en suami hantar dobi awal pagi..
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama