MINUM HORLICKS PULA

MINUM HORLICKS PULA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.  Assalammualaikum semua. Hihi. Lama sangat rasanya tak minum Horlicks. Dulu kerap minum. Milo dengan Horlicks berganti-ganti.  Kecik-kecik mama babah buatkan. Bila dah pandai buat sendiri..Haa gasak nak minum berapa cawan sehari.

Ingatkan PC je terasa nak minum Horlicks, rupa-rupanya en suami pun sama. Maka dengan kadar segeralah en suami mencari dan membeli. Pulak kedai banyak yang dah tutup. Tapi dah kalau namanya rezeki.. alhamdulillah sangat la. 

Oleh kerana macam 3in1 ke 2in1 maka  buat seorang secawan. Tak perlu tambah gula atau susu ke apa lagi. Cukuplah dengan rasa yang ada. Sesekali boleh la layan. Selalu bahaya juga walaupun suka nak minum. Kena beringat juga. 

Mungkin sesetengah orang tak suka Horlicks. Boleh jadi kerana rasanyakan. Sama juga, tak semua orang suka milo. Begitulah seterusnya. Setiap orang ada selera yang tak sama. Biasalah tu. Hormati sahajalah. Janganlah ada rasa sakit hati pulak. Kan tak baik macam tu.

MINUM HORLICKS PULA. Lega dah dapat minum Horlicks. Syukur. Minum beberapa kali.. kembali ke milo semula. Macam review Horlicks dengan Milo la pulak. Mana tau ada yang sudi suruh buat review betul-betulkan.. rezeki tu. Aamiin. Maklumlah pelanggan setia Milo.

NOTA PC : terus teringat makan roti taburkan Horlicks.. sedap juga ni.
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. dalam banyak2 minuman kenapa i jarang sesangat mintak horlick. paling i mintak milo. horlick ni agak manis kot.

    BalasPadam
  2. woww... menarinya horlick ni,, akak belum pernah cuba... leh cari ni

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama