MUSIM PETAI KEMBALI

MUSIM PETAI KEMBALI | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. ULAM KEGEMARAN PC SEKELUARGA. Lagi rezeki en suami pun penggemar petai. Maka tak ada masalah bila nak makan petai banyak-banyak berulangkali bila-bila masa.

Ada orang tak makan atau tak suka petai, orang lain pun dia tak bagi makan. Awak tak suka atau tak nak makan petai, tolong jangan paksa orang lain  pun tak suka dan jangan makan petai juga. Dah kenapa. Allahuakbar. Orang tu nak dan suka makan petai.. awak pulak berlebih-lebih. Tak baiklah macam tu. Kesian orang dipaksa ikut kehendak dan citarasa awak. 

Mula-mula en suami beli dengan kawan dia. Kemudia orang yang tinggal sekampung dengan kami sedekah. Tengah musim petai sekarang ni. Tengok sana sini, mana yang ada pokok petai, masyaAllah alhamdulillah meriah lebat papan-papan petainya. Besar-besar mata petainya. Panjang papan petainya. Ya Allah. Teruja tengok. Geram je. Yang ada pokoknya rendang je, tapi buahnya... kuuuusemamgat.. alhamdulillah. 

PC suka buat ulam mentah je.  Basuh, kadang buang kulit, kadang makan dengan kulitnya sekali. Kalau arwah nyai dan nenek PC  ajar cucu-cucunya makan petai, tak perlu buang kulit. Yang ada rebus dulu dengan kulit-kulitnya. Memang rasa kelat. Tapi itulah ubatnya. Lagi satu bila makan dengan kulitnya, bau pada mulut kurang. Ada banyak je petua nak hilangkan bau petai pada mulut. Lepas makan petai, makan beras. Gosok gigi tu dah tentu mesti. 

Mana yang kita suka, walau memang ada manfaatnya, tetap sahaja perlu sederhana. Boleh jadi manfaat dan baiknya itu bila diambil sedikit tapi menjadi mudharat apabila berlebihan. Apa pun, bila berlebihan hujungnya menjadi kurang baik. 
 
NOTA PC  : lama tak makan peria
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama