PENDOSA MENEMPAH SYURGA

PENDOSA MENEMPAH SYURGA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. KITA MANUSIA NI TIDAK MA'SUM. Tapi Allah swt kurniakan kuta ni manusia otak yang berakal. TIDAK MA'SUM TAPI ADA OTAK YANG BERAKAL. Kemudian kita juga beriman dan bertaqwa. Segala kelebihan yang ada ni, mudah-mudahan boleh membantu diri kita elak lakukan sesuatu lantaran tidak ma'sum.

TIDAK MA'SUM. Bila-bila masa berpotensi lakukan kesalahan dan dosa. Sengaja atau tidak sengaja. Tidak kira usia. Walau cuma sekecil biji sawi. Walau mungkin sekadar debut. Tentu sahaja buat salah dan dosa di mana-mana.  Tidak semestinya ketika berjaga sahaja, ketika sedang tidur pun tidak mustahil saham dosa mengalir masuk dalam buku catatan. Nauzubillah.

Tanyalah sesiapa pun, neraka ke syurga. Tentu jawapannya mahu ke syurga. Semua nak duduk dalam syurga. Siapalah yang nak masuk neraka kan. Tak ada yang sanggup. Berhadapan dengan cuaca yang panas terik lain macam sejak dua tiga menjak ni pun dah menggelupur. Allahuakbar. Apatah lagi duduk dalam neraka. MasyaAllah. 

PENDOSA MENEMPAH SYURGA

SYURGA UNTUK SESIAPA SAHAJA YANG ALLAH KEHENDAKI. Bila Allah nak masukkan hambaNYA ke syurgaNYA DIA akan permudahkan jalannya. Sungguh. Sekelip mata. Bila-bila masa sahaja. Kadang tidak terbayang pun pada fikiran kita. Jangan pernah kata "aku tak layak masuk syurga". Yang tentukan layak tak layak bukan diri kita atau orang lain tapi atas penilaian Allah swt. 

PENDOSA MENEMPAH SYURGA. Tiada pendosa hujungnya semua ke neraka. Sesiapa pun yang berasa dirinya pendosa, selagi mana dia tidak menyekutukan Allah swt, dia masih ada peluang dan ruang. Selagi dia masih mahu bersungguh-sungguh melakukan taubat nasuha insyaAllah semua akan dipermudahkan. Percayalah.

Kalau ada yang bercakap.. "kau pendosa".. menjadi seorang pendosa yang hujungnya penjadi pencinta Tuhan dan RasulNYA itu jauh lebih baik berbanding pada pandangan kasar tekun ibadahnya tapi hatinya jauh tersasar. Binalah pengakhiran hidup yang berTUHAN. 

NOTA PC  : Jumaat indah. 
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama