RAJIN BERBUNGA BERBUAH BELUM

RAJIN BERBUNGA BERBUAH BELUM  | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. SEJAK BELI SAMPAI SEKARANG, saat ini PC sedang menaip ni.. ya, pokok delima yang mertua PC beli sangat-sangat rajin berbunga. Sekarang pun lebih 4 kuntum bunganya. Pernah satu masa ada berbelas bunganya. 

Rajin berbunga. Berbuahnya belum. Bila sentiasa berbunga, semakin memberi harapan pada yang menanap. Mula-mula berbunga lebat dan banyak, mertua PC gembira sangat-sangat. Sungguh. Siapa pun kan. Bila nampak bunga je pun girangnya lain macam. Bila balik rumah mertua, hari-harilah PC belek. Berdiri depan pokok. Ajak sembang.


Baja tak putus. Baja gemuk. Baja buah. Lengkap. Semangat. Fikir positif. Walau kadang putus asa. Mahu  tak sedih. Bunga lebat, yang gugur pun sama lebat juga. Allahuakbar. Sabar.. sabar. Ya Allah. Kata abah.. "bila la pokok delima mak ko nak berbuah ni".. kata mak.. "tengok bunganya semangat, bila bunganya gugur, luntur semangat, nak kena rukiyah agaknya".. hahahaha.

RAJIN BERBUNGA BERBUAH BELUM. Ilmu atau pengetahuan kita ni terhad sangat-sangat. Setiap orang ada kepakaran masing-masing. Cuma lebih mudahnya sekarang ni, dimedia sosial senang nak cari atau dapatkan sesuatu ilmu. Rujukan. Cuma menjadi atau tidak sahajalah. Kadang orang buat menjadi. Kita buat menjadi juga.. menjadi masalah. Hehehe. Usaha lagi dan lagi.

Barangkali Allah swt hadiahkan bunga dulu. Bersyukur tak. Nanti baharulah daripada bunga menjadi buah. Aamiin. Bila berbuah nanti semoga menjadi pundi-pundi pahala pula. Sama-sama rasa. 

NOTA PC  : belum maka belumlah jika jadi maka jadilah
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. PH selalu juga alami dgn pokok² PH tanam... Bunga gugur, bunga gugur 2-3 kali lepas tu baru lekat buah. Insha Allah kalau rezeki tu, berbuah jua.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama