SALAM MAULIDUR RASUL 1445H | 2023M

SALAM MAULIDUR RASUL 1445H | 2023M | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. SAYU HATI MENDENGAR ALUNAN SELAWAT. Surau. Masjid. Alhamdulillah sama-sama mengalunkan selawat. 

Selawat. Setiap hari kita berselawat. Ketika solat. Ketika mahu melakukan ibadah. Ya kita digalakkan berselawat. Berselawatlah ke atas junjungan besar kekasih Allah swt. Nabi Muhammad saw. Kalau rasa cinta baginda terhadap umat sangat mendalam. Balaslah dengan cara sentiasa berselawat kepada baginda. Sebagai umat baginda. 

Selamat bercuti semua yang sedang bercuti hari ini. Ada yang cuti. Ada yang tetap bertugas seperti hari-hari biasa. Cari rezeki sesungguh hati. Niat kerana Allah.  Semoga menjadi ibadah yang diterima oleh Allah swt. Aamiin.

SALAM MAULIDUR RASUL 1445H | 2023M

Bersyukurlah menjadi umat Nabi Muhammad saw. Baginda menerima wahyu untuk memperbetul dan menyelamatkan umat. SubhanaAllah. Terakhir. Menjadi penutup menerima, membawa dan menyebarkan kebenaran. Setiap bicara Allah swt dibawa oleh Malaikat Jibril disampaikan kepada baginda dalam bentuk wahyu. Sedikit demi sedikit. Sehingga lengkap. Sehingga menjadi senaskah Al Quran.  Allahuakbar. 

Hari ini. Sekalian umat Islam. Segenap pelusuk alam. Meraikan ulangtahun kelahiran baginda Rasulullah saw. Muhammad bin Abdullah. 12 Rabiul Awal. 20 April tahun gajah 571M di Mekah. SubhanaAllah. Alhamdulillah. Baginda adalah anak yatim piatu sejak kecil lagi dimana baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muttalib bin Hasyim dan seterusnya bapa saudara baginda, Abu Talib bin Abdul Muttalib setelah datuknya wafat. Baginda pernah bekerja sebagai pengembala kambing dan saudagar.  Ketika berusia 25 tahun baginda telah bernikah dengan Khadijah binti Khuwailid yang pada ketika itu berusia 40 tahun.

Kita umat tidak berpeluang bertemu baginda di dunia. Kita umat mewarisi dan meneruskan setiap ajaran baginda. Semoga nanti kita bertemu dengan baginda. Berjiran dengan baginda. Aamiin.

NOTA PC  : syafaat yang didamba
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama