SEMAI MINAT MEMASAK

SEMAI MINAT MEMASAK  | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. MEMASAK?. TIDAK semua minat. MAKAN?. Ini seronok. PC pun suka makan. Walaupun bab makan ni kena jaga daripada awal jangan tunggu dah berusia dah ada penyakit baharu nak kecoh jaga makan, tapi itulah namanya manusia. Makan selagi boleh makan tapi dalam masa sama, MESTI JAGA dan bersederhanalah. 

UMUR SEMBILAN TAHUN BERMULA. Umur tujuh dan lapan tahun PC jadi tukang perhati. Mama masak. Nenek masak. Nyai masak.  Bila tak sekolah, PC ada jumpa tak sekolah Jumaat Sabtu. Jadi sebelum anak-anak sekarang cuti hujung minggu Jumaat dan Sabtu, umminya dah lalui dulu. Ibu dan mama dia orang pun dah lalui dulu. Jadi PC belajar. Darjah satu. Darjah dua, tugas mesti, kopek atau bersihkan ikan bilis. Basuh bawang yang dah dibuang kulit. Itu sahaja. Lama-lama mama percayakan pegang pisau. Potong sayur dulu. Yang mudah. Tumbuk bawang merah dan bawang putih sahaja dulu. Sampailah umur lapan tahun. Masuk umur sembilan tahun, mama babah lepaskan PC masak. 

Hikmah mama kurang sihat. Ingat lagi menu pertama yang PC masak dan hidangkan pada mama.. *aduh dah bertakung air mata ni*.. mama demam teruk. Mama walau tak sihat tetap urus rumahtangga macam biasa. Tapi bila mama tak buat itu semua bermakna mama sakit teruk. Babah kerja. Tak larat sangat-sangat.  PC masak bubur nasi. Goreng ikan bilis. Goreng telur mata kerbau. Ini tiga menu pertama PC masak dan hidang untuk mama. Walau masa tu tak sempurna mana, tapi mama tak berhenti puji. Motivasi!!!!!. 

DULU PROTES SEKARANG SANGAT-SANGAT BERSYUKUR. PC manusia biasa. Kebiasaan anak-anak. Kanak-kanak.  Bila maknya nasihat ada je nak menjawabkan. Padahal tahu dosa. Tapi memang macam tulah. Kalau tak menjawab, buat muka. Mata tu jeling-jeling. Satu masa dulu.. mama selalu nasihat, "anak, belajar masak.. kalau bukan untuk orang lain, belajar masak untuk masak dan makan buat diri sendiri.. mama babah semakin tua.. satu mama mama babah tak lagi dengan anak.. ". Ya, terbukti. Mama dah tak ada dengan kami lagi. Berkat nasihat mama. Tak bosan ingatkan, hari ini PC sangat-sangat bersyukur. Tak pandai mana masak, tapi bolehlah masak untuk suami, babah, mertua dan sesiapa yang sudi nak makan apa yang PC masak. TERIMA KASIH MA. 

DULU PRAKTIKAL SEKARANG BOLEH TEORI DULU. Dulu nak tahu alatan memasak, bahan untuk memasak, nahhhh, ke dapur. Tanya satu-satu. Dikenalkan satu-satu. Tak ingat hari ni, esok tanya lagi. Kena marah apa ada hal. Buat tak tahu je. Guitu. Tapi anak-anak zaman sekarang mudah. Di mana pun boleh belajar memasak. Boleh mengenal peralatan dan bahan memasak. Tak perlu ke dapur. Tak perlu ke kedai atau ke pasar. Lebih cepat. Lebih padu. Sehinggalah nanti sampai waktunya untuk praktikal. Memasak secara langsung. Haaaa. Masa itulah pengalaman sebenar ditimba. Sekarang di mana sahaja boleh layan Culinaryschools.


SEMAI MINAT MEMASAK

SEMAI MINAT MEMASAK
ALAMAYA DULU



SEMAI MINAT MEMASAK daripada kecil. Ada yang perlu dipasak hari-hari. Ada yang datang minat daripada diri sendiri. Setiap anak, mereka juga adalah individu. Maka ada pakej masing-masing. Kecenderungan setiap seorang tidak sama. Pesan dan nasihat nenek PC dulu, mahir yang asas pun sudah mencukupi. Kemudian perlahan-lahan kembangkan dan kuat semangat. Bila dah masak, makan jangan la keterlaluan atau berlebihan. Sesekali pantaulah Body Fat Calculator

SEMAI MINAT MEMASAK
DEMI KEBAIKAN


NOTA PC  : belajar memasak bukan se"mesti"nya untuk menjadi chef.. untuk kelangsungan hidup..
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. bersyukur kerana saya anak yang tak dimanjakan. Jadi kenalah pandai ambil hati. kenalah rajin membantu di dapur walaupun dalam hati merentan

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama