SEMPURNA SEPTEMBER | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. HARI TERAKHIR DIBULAN SEPTEMBER. Syukur alhamdulillah. SubhanaAllah. Tidak terhitung nikmat daripada Allah swt. Tidak terbilang juga dugaan atau ujian yang kita tempuhi. Allahu.
Sehari demi sehari. Melangkah ke bulan SEPTEMBER. Eh, hari ni sudah dihari terakhir rupanya dibulan September 2023. Bulannya berulang lagi dan lagi namun pada tahun yang berbeza tentu sahaja sudah tidak sama. Betul tak. Tentulah akan ada jalan cerita yang berbeza.
Bulan SEPTEMBER tahun ini tentu sahaja menjadi kenangan sedih untuk kami. Macam yang ada PC kongsikan sebelum ini diartikel yang lepas. Kematian demi kematian berlaku dalam keluarga kami. Sebulan tiga orag yang jarak tempoh kematiannya sangat dekat. Adik ipar babah. Sepupu babah. Biras babah. Allahuakbar. Setiap kali adanya ahli keluarga yang meninggal, perubahan tentu sahaja berlaku.
Berlaku sebagaimana yang dirancang.. atau sebaliknya?. Tentu sahaja ada yang berjaya raih apa yang dihajati. Syukur alhamdulillah. Macam-macam dilakukan dan berlaku. Kalau kejayaan yang dikecapi alhamdulillah syukur sangat-sangat. Andai sebaliknya, bersabarlah wahai hati dan akal.
SEMPURNA SEPTEMBER. Kita manusia menjadi perantara sahaja. Tidak semua mampu dan boleh dikejar. Tidak semua pintu-pintu rezeki yang ada daripada Allah swt tertutup untuk kita nikmati. Nampak tak. Ada masa macam cucup sahaja. Ada masa macam berlebihan pula. Kuncinya.. syukur.
Hello Oktober!
NOTA PC : penutup September. 7 ekor burung merpati emak mertua PC dimakan ular sawa. Allahuakbar.
Tags:
Santai Peribadi