SEPTEMBER 2023

SEPTEMBER 2023 | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. SELESAI SAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA KE-66. Hari pertama dibulan September. MasyaAllah. Syukur.

PC mulakan hari pertama dibulan September datang ke Kuantan Pahang. Petang 31 Ogos gerak, malam sampai. Sekarang masih di Kuantan. Sekejap lagi gerak balik ke Batu Pahat. Semalam sahaja. Ziarah biras yang masuk wad untuk kali kedua. Risau sebab sedang mengandung anak pertama. Allahu. Semoga baik-baik sahaja. Aamiin.

SEPTEMBER 2023


Cantik. Jumaat pertama di bulan September la. Alhamdulillah syukur. Hujan berselang seli dengan panas. Mendung macam menjadi perantara keduanya. Allahuakbar. SubhanaAllah. MasyaAllah. Gerimis mengiringi musafir kami sekeluarga. Risau juga dengan keadaan jalanraya yang tidak terhitung selekohnya.

Kenderaan bertali arus. Fuhh. Memang mencabar adrenalin sungguh. Betullah, apa-apa pun kembali pada niat kita kepada Allah swt. Apa tujuan kita. Lurus, baik kita dapat. Aamiin. Mungkin kerana sesi persekolahan akan bermula semula. Maka sesak juga jalanraya. Perlahan-lahan. Selamat.

Semoga September ini segala urusan kita dipermudahkan. Lancar semuanya. Aamii.

NOTA PC  : keletihan tapi gembira
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama