SI KUMBANG KURA-KURA YANG COMEL

SI KUMBANG KURA-KURA YANG COMEL | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. LADYBIRD. Dulu sampai sekarang tahunya LADYBIRD. Tapi di Malaysia dikenali sebagai Kumbang Kura-kura. Baharu tahu. Ya Allah. Yalah, benar bagai dikata, tuntut ilmu sampai ke Negara China. Selagi hidup. Selagi boleh. Di mana pun berada, timbalah ilmu yang baik-baik. Aamiin.

Keluar sidai pakaian. Nampak cuaca cantik. Ada dah matahari. Kadang sekejap je. Nanti tiba-tiba gelap gelita. Hujan turun lebat. Dah banyak kali terjadi. Jadi, awal pagi memang sebolehnya usahakan. Basuh baju dulu. Siap spin, cepat-cepat sidai. Tak dapat sampai petang, dapat empat.. lima jam kena cahaya matahari pun alhamdulillah. Syukur sangat-sangat dah tu.

SI KUMBANG KURA-KURA YANG COMEL
Kumbang ini diberi nama 'Ladybirddalam bahasa Inggeris atau jika dimelayukan terus sebagai 'Kumbang Burung Betina' tetapi lazimnya di Malaysia ia dipanggil sebagai 'Kumbang Kura-kura'

LADYBIRD!!!?!. Punya teruja nampak ladybird. Betul-betul pada daun pokok lada mertua tanam tepi anjung rumah. Fuhh. Betlari ambil handphone. Biasalah.. nak tangkap image guna handphone. Macam jakun pulaknya. Tak jakun cuma dah lama tak nampak. Lama mencari pada pokok-pokok tapi tak ada. Mungkin PC yang tak nampak atau tak perasan. Padahal ada je. Dulu PC kecil-kecil mudah je nak jumpa. Ada banyak je pada pokok bunga mama. Sekarang susah sikit. Adakah sudah pupus? atau menuju kepupusan.

Kumbang kura-kura adalah kumbang kecil biasanya berwarna merah, jingga atau kuning dan berbintik-bintik hitam dengan saiz antara 0.8 hingga 18 mm. Tergolong dalam keluarga Coccinellidae, boleh ditemui di seluruh dunia dengan lebih daripada 5,000 spesies telah dikelaskan. Fuh banyak tu.

Kumbang Kura-kura ni bagus kalau ada pada pokok-pokok sekitar rumah kita. Dia bantu halau serangga perosak pada pokok atau tanaman. Nampak comel je. Tapi jadi ejen pembantu. Jangan sangka yang kecil cuma untuk terlihat cute sahaja. Setiap satu yang Allah swt cipta pasti ada alasannya. Kadangkala kita yang tidak cakna. 

NOTA PC  : banyak pula ulat gonggok..  adoii.
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama