TELUR AYAM HUTAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. AYAM HUTAN SEMAKIN BANYAK. Membiak. Dulu sebut saja ayam hutan susah nak tengok. Susah nak jumpa. Kalau nak sangat tengok kena masuk hutan atau pergi kebun. Memang banyak.
Dulu PC selalu ikut arwah nyaie pergi kebun. Ada jumpa ayam hutan. Tapi sesekali la. Bila jumpa tu memang banyak, tapi cepat dia lari. Terbang masuk semak-semak. Laju je. Tak menyempat. Tapi sekarang mudah sangat nak tengok atau makan ayam hutan. Dah jinak. Makan, berlari-lari dihalaman atau sekitar rumah je. Kalau di rumah babah kurang sangat. Tapi bila balik rumah mertua.. haaaa meriah bukan main ayam hutannya. Ya Allah. Telinga berwarna putih. Bila dia mengawan dengan ayam kampung asli.. yang ada tak suka.. nanti keturunannya comel-comel belaka.
Sehinggalah sudah ada yang bertelur di kawasan rumah mertua PC. Ada banyak tempat ayam hutan betina ni bertelur. Lebih la tiga tempat. Setakat ni yang dah jumpa, atas kandang kucing, anjung rumah dan atas reban burung merpati peliharaan emak mertua PC. Sekali imbas macam telur ayam kampung biasa. Tapi pada pandangan PC, bila tengok betul-betul, warnanya lebih putih, pink cair.. entah.. macam warna mutiara pun ya juga. Ke PC ni jakun. Maklumlah pertama kali tengok telur ayam hutan. Hurmmmm.
Betul ke ayam hutan ni haiwan peliharaan makhluk halus. Orang bunian. Betul ke. Oleh kerana hidupnya dihutan. Susah ditemui dan liarnya lain macam. Betul ke? PC kecil sampai dah tua ni, itulah yang selalu PC dengar dan dimaklumkan oleh orang-orang. Kalau ada yang tahu kongsilah ya. Mitos atau fakta. Dan sampai sekarang pun nampak ayam hutan rasa takut tu ada.
Tengok dah. Tapi makan belum pernah lagi telur ayam hutan. Abah kata sedap. Yalah telur ayamkan. Tapi semua anak-anak dan menantu mak abah setakat ni belum pernah makan telur ayam hutan. Ada sekali, adik ipar PC, menyapu sampah di kawasan rumah mertua dia sepadan kebun, syok-syok menyapu terjumpalah telur ayam hutan banyak sangat. Toleh kanan toleh kiri dia campak penyapu, terus cabut balik rumah. Pucat. Dia cakap teringat orang cakap ayam hutan ni peliharaan bunian. Haaaa nampak tak. Adoiii la. Sampai sekarang adik ipar PC tu tak berani ke tempat tu lagi.
Telur ayam hutan. Mungkin satu masa nanti jadi telur yang dicari-cari. Sekarang yang selalu orang cari telur ayam kampung kerana khasiatnya. Telur ayam hutan pun tentu ada khasiat dan fungsinya yang tersendiri.
NOTA PC : teringin nak tanam tebu hitam
Tags:
Santai Peribadi
perghh.. mende rare ni...telur ayam hutan ek,, terbaik2.. dulu2 pernah bela sepasang ayam hutan. isinye sedap ;p
BalasPadam