TIDAK SETIAP HARI | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. BETUL KE?. APA?. TIDAK SETIAP HARI. BETUL LA. Pasang surut. Turun naik. Lumrah menjalani kehidupan sementara di dunia ni. Mungkin cuma PC yang lalui atau mungkin setiap orang juga menghadapinya. Cuma kita tidak saling mengetahui.
TIDAK SETIAP HARI.. kita gembira bahagia. Ada masanya kita gembira tapi tetap menangis. Ada masa yang lain memang betul-betul sedih. Sedih sangat-sangat. Kecewa sungguh-sungguh. Rasa yang wujudnya daripada azali lagi. Asam garam pahit manis hidup yang singkat ini.
TIDAK SETIAP HARI.. kita damai dan tenang. Rasa risau, cemas, berdebar-debar, geram dan marah ada masanya datang. Sehingga kita rasa macam tak bersemangat untuk lakukan banyak perkara. Bad mood. Kita tak kacau orang, eh orang kacau kita. Ada spesis manusia, jasadnya manusia tapi jiwa dan fikirannya bagai makhluk Tuhan yang dicipta daripada api. Ada ya. Ada!.
TIDAK SETIAP HARI.. rezeki kita sama. Rezeki ni luas. Bukan duit shaja. Bukan makanan dan minuman sahaja. Luas. Luas sangat-sangat ya. Jangan fikir sebut rezeki je terus fokus pada duit. Sihat pun rezeki. Mungkin hari ni rezeki lebih sikit. Esok kurang banyak. Tapi semuanya memang secukup dan selayaknya dah Allah susun bab rezeki ni.
TIDAK SETIAP HARI.. panas dan hujan pun bersilih ganti. Tidaklah panas sentiasa. Atau hujan sahaja. Bila sampai waktu banjir. Maka banjirlah di mana-mana seperti biasanya. Nanti bila kemarau maka kering la juga di mana-mana.
Ingat ya, begitu juga tubuh badan kita ni. Tidak sentiasa sihat. Ada waktu sihat kemudian sakit. Dan sebaliknya.. sakit memanjang kemudian sihat. Sementara sihat beringatlah. Jangan cari musuh dan buat orang musuh. Tunjuk kuat. Tunjuk ada kuasa. Boleh buat itu ini. Santet orang sana. Pukul orang sini. Ugut orang situ. Sila ingat, kita bukan sesiapapun. Malu dengan Allah. Bila sakit jadikan alasan kuat gandakan taubat. Bukan alasan malas beribadah.
NOTA PC : tunggu
Tags:
Santai Peribadi