BULAN KESEPULUH 2023

BULAN KESEPULUH 2023 | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. ALHAMDULILLAH. Melihat ramai kawan-kawan,  saudara mara, ibu saudara, bapa saudara yang telah kembali kepada PEMILIK HAKIKI, tiada kata lain yang wajar diungkap selain rasa syukur tidak terkata. SYUKUR. Terima kasih Allah atas segala pinjaman nikmat dan rezeki.

Ujian bersilih ganti dengan nikmat. Sedih berselang seli dengan gembira. Lumrah menjalani fasa demi fasa kehidupan. Semuanya ada proses yang mesti ditempuhi. Tentu ada sebab yang sangat jelas mengapa Allah swt izin kita hidup di alam ini dengan kadar usia tertentu dan berbeza-beza. 

BULAN KESEPULUH 2023

Rasa tidak kuat. Rasa tidak mampu. Itu yang kita manusia rasa. Tapi sedarkah kita sepanjang berjuang untuk hidup telah berapa kali kita terjatuh kemudian mampu bangkit. Semua Allah tahu dan atas kehendak DIA jugakan.

Oktober. Bulan kelahiran babah. Kali kedua ulangtahun babah tanpa mama. Sungguh, berat dan menyesakkan perasaan. Tapi macam selalu babah cakap, mama sentiasa ada. Selalu hidup dalam hati dan fikiran kita sekeluarga. Ya. Sangat-sangat betul. Bulan SEPTEMBER banyak air mata kami tumpah. Seorang demi seorang ahli keluarga kembali kepada Pencipta. Allahu.

Hari ini hari pertama. Bulan Oktober ni juga adik sepupu, biras dan kawan rapat PC menghitung hari mahu melahirkan. Tiga kali ganda kegembiraan yang Allah rezekikan. Alhamdulillah. PC sentiasa berdoa semoga babah sentiasa dalam rahmat Allah swt. Adik-adik dan kawan-kawan yang mahu melahirkan pun dipermudahkan juga urusan. Aamiin.

NOTA PC : Berbaki 2 bulan menuju 2024
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama