BUNGA RAMPAI | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Hihi. DAUN PANDAN DAN BUNGA-BUNGAAN. Satu masa dulu ambil daun pandan dan petik bunga-bungaan jadi tugas PC. Arwah nyaie kiranya boleh buat gubahan hantaran sikit-sikit. Boleh juga baca berzanzi. Sikit-sikit boleh bantu tuan rumah urus majlis, urus kendarat wanita kampung.
Oleh kerana PC ni cucu sulong perempuan, jadi arwah nyaie ni suka ajak PC teman dan ikut dia ke mana-mana. Memang daripada kecil. Hehehe. Ada kerja kahwin. Majlis akikah. Majlis Maulidur Rasul. Ada je undangan, insyaAllah arwah nyaie pergi. PC tukang jadi peneman. Seronoknya, bila setiap kali ada majlis majlis ni, nyaie yang kena buat bunga rampai. Buat di rumah. Bakul dah sedia. Apa lagi.. PC la sedia bahan. Haaaaaaa.
Bunga rampai. Mungkin semakin dilupakan. Mungkin ada yang tak kenal dan tak tahu pun. Malahan ada yang tak suka juga dengan bunga rampai ni. Aroma daun pandan, bunga-bungaan dan ditambah dengan minyak wangi atau wangian yang menjadi kegemaran. Aromanya mempersona. Sungguh. PC suka sangat. Macam jadi terapi. Harum semulajadi. Ya Allah.
Dulu.. dulu la dan sampai sekarang pun sebenarnya.. Bila ada majlis marhaban dan cukur jambul biasanya ada bunga rampai ni. PC suka ambil banyak-banyak. Kemudian bungkus dalam tisu. Simpan sampai kering. Sedap baunya. Sungguh. Nampak daun pandan, terasa nak buat tapi tak jadi sebab teringat kat surau kampung ada buat majlis sambutan Maulidur Rasul. Mesti ada bunga rampai.. Haa.
Ikut perancangan nak join. Dengar ceramah.. dengar kisah Nabi Muhammad saw tak pernah bosan. Sungguh. Tapi en suami ada urusan. En suami minta PC ikut untuk teman. Semoga sempat ke surau. Rupa-rupanya tak. Abah je yang dapat join. Mak mertua PC memang tak dapat pergi sebab tengah batuk. Kami rasa terkilan juga. Tapi reda. Tentu ada hikmah. Lewat jugalah abah balik. Biasalah lepas majlis ada jamuankan.
Abah balik. Ceria je. Tapi PC dari dalam bilik ada bau sesuatu. Ermmmmm.. macam biasa bau dulu-dulu la. Bau bunga rampai laaa. Ya Allah. Sikit je tapi wanginya tu amboiiii. Alhamdulillah. Yahooo. PC pun mintaklah dengan abah. Bungkus guna tisu. Bawa masuk bilik. Ya Allah. Syukur.
NOTA PC : telur pindang bermain difikiran
Tags:
Santai Peribadi
Kalau ada kenduri cukur jambul dapatlah bunga rampai ni
BalasPadam