CARI PEMANDANGAN YANG POSITIF

CARI PEMANDANGAN YANG POSITIF | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. HARI-HARI kita nak jadi orang yang baik. Tak mudah nak jadi orang baik. Otak dan hati selalu bertingkah. Tak sentiasa akur satu sama lain. Termasuklah ketika bercakap. Kadang sebahagiannya jadi sebaliknya.

Pilih pada setiap pilihan yang ada. Boleh nak pilih apa je ikut suka. Terpulanglah pada diri kita sendiri. Cuma kalau boleh doalah minta Allah swt bimbing hati, fikiran dan lisan kita supaya sentiasa pilih pilihan yang DIA SUKA DAN REDA. Itu pun kena masuk dalam doa ke?. Bagi pendapat PC ya sebab syaitan atau iblis ni memang tunduk pada Allah swt tapi sumpahnya nak rosakkan anak cucu Adam a.s tetap je tak ada expired date nya sampailah kiamat.

CARI PEMANDANGAN YANG POSITIF. Kita ni tak boleh jangka apa yang di hadapan kita. Di belakang kita apa yang telah kita lalui itu memang dah jadi kenangan untuk kita. Itu memang dah jadi sejarah dan fakta. Akan datang setiap kita, PC pun sentiasa mengharapkan sesuatu yang baik-baik. Tapi untuk menarik sesuatu yang baik-baik tu.. kena cari pemandangan yang pisitif. 

Mata turun ke hati. Otak mencerna. Iman menapis. Ilmu dan taqwa menjadi landasannya. Mahu jadikan semua baik dan betkualiti, jaga pemandangan. Cari yang positif supaya otak yang berakal tidak diracuni. Jiwa tidak terpengaruh. Benarlah, agama sendiri mengajar kita jaga pandangan. Kalau tak sengaja nampak yang tidak sepatutnya itu OK lagi. Bila sengaja itu mengundang malapetaka.

Carilah pemandangan yang positif. Ada banyak. Pemandangan yang buat kita selalu sedar hidup ini sementara. Dunia ini tidak kekal. Semua pinjaman dan ujian. Allah swt pemilih semuanya. Sekurang-kurangnya kita akan sentiasa sedar dan ingat mati yang pasti. Bila kita positif, moga-moga positifnya tular kepada orang lain juga. Aamiin.
 
NOTA PC  : biru langit.. biru lautan
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. In the midst of life's challenges, finding a positive view is akin to discovering a hidden gem in a vast treasure trove. It's a conscious choice to seek the silver lining, the lessons in adversity, and the beauty in the ordinary. This perspective not only fuels resilience but also illuminates the path to growth and contentment. Embracing a positive view is a daily affirmation that, even in the face of obstacles, there's always an opportunity to learn, adapt, and thrive. It's the beacon that guides us through life's ever-changing landscapes, reminding us that the world is as beautiful as the lens through which we choose to see it.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama