HANGAT-HANGAT TAHI AYAM

HANGAT-HANGAT TAHI AYAM | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. DENGAR JE PUN DAH GELI.Siapa yang tak geli dengan najis. Tapi ada juga yang tak kisah. Lebih-lebih lagi para petani atau pekebun sayuran dan buah-buahan. Tahi ayam, tahi arnab.. dibakar jadikan baja organik. Untuk subur dan baiki kualiti pokok yang ditanam.

Sebelum pergi lebih jauh, apa erti HANGAT-HANGAT TAHI AYAM?. Melakukan sesuatu dengan sungguh-sungguh hanya pada permulaan. Lama kelamaan, ditinggalkan apabila sudah mula bosan. Biasakan dengar dan berhadapan dengan situasi hangat-hangat tahi ayam. Atau kita sendiri pun kadangkala ada bab tertentu lakukan sesuatu tu sekadar hangat-hangat tahi ayam. PC pun tak terkecuali ada masa-masanya hangat-hangat tahi ayam. Ya Allah. SubhanaAllah. 

HANGAT-HANGAT TAHI AYAM
KREDIT IMAGE

Semangat tidak selalu berada pada tahap maksimum. Sungguh!. Istiqhomah bersemangat tidak mudah ya. Semangat ni ada turun naik. Kecuali bagi orang yang ada niat atau matlamat yang sangat-sangat jelas. Biasanya kita ni buat sesuatu bersungguh-sungguh bila bersemangat. Kalau ada semangat sampai hujungnya, insyaAllah tak ada masalah. Tapi bila semangat sekerat jalan maka jadilah hangat-hangat tahi ayam.

Cepat bosan memang bahaya. Tapi tak dapat dielak. Lebih-lebih lagi bila buat sesuatu yang tak disukai. Tak kena dengan jiwa. Buat tapi rasa hambar. Bosan ni ada masa boleh dilayan. Ada masa tak boleh dilayan. Bila dilayan bawa binasa pada kita. Ada rasa bosan tu waharlah. Yang tak wajar bila asyik bosan je.. itu masalah. Diri awak ada masalah.

HANGAT-HANGAT TAHI AYAM. Sebenarnya kalau ada perangai macam ni bahaya. Bukan bahaya pada diri sendiri je. Pada orang lain pun tak elok kesannya. Lebih-lebih lagi bila bekerja. Tak kiralah awak bos ke.. awak pekerja ke. Mesti ada saling berkait. Kena ingat tu. Salah bawa, jadi negatif bila ada sikap HANGAT-HANGAT TAHI AYAM ni.

NOTA PC  : semangat hingga tamat
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama