IKUT BABAH PERGI KEBUN LAGI BAGUS

IKUT BABAH PERGI KEBUN LAGI BAGUS | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. SUDAH MENJADI RUTIN SEKARANG. Sambung aktiviti dan rutin zaman kanak-kanak dan remaja. 15 tahun tinggal. Sekarang mula semula. Ya, mula semula. Sebelum ni, inilah rutin babah. Jaga mama sakit. Pergi urus kebun. Memang mama yang minta. Jangan sampai semak. Hasil diambil, kebersihannya pun kena jaga.. itulah yang selalu mama pesan pada babah. Sebab tu walau 7/24 babah jaga mama, tetap cari dan luangkan masa pergi kebun buat apa yang patut.

Bila mama dah tak ada disisi kami. Tetap hidup difikiran dan hati kami. TETAP selagi Allah swt izin. Setahun lebih dah mama tak ada. Rasa macam eh.. sekejap dah setahun lebih. Rasa masih ada je mama dalam rumah ni. Ada. Bermakna dah setahun lebih juga babah tak uruskan kebun. Lebih mudah dan tepatnya.. "babah hilang semangat". Dulu ada rasa penat jaga mama.. kurang tidur. Jaga orang sakit. Normal. Tapi babah rasa gembira je. Babah tak rasa penat pun sebenarnya.  Orang yang tengok kata babah letih. Tapi babah kata biasa je. Ceria. 

Sekarang mama tak ada. Babah rehat sepenuhnya. Urusan rumahtangga PC urus sepaling terbaik. Kecuali waktu PC balik rumah mertua la. Tapi sentiasa terkeluar daripada mulut babah.. nama mama. Betul la. Isteri. PC sayu. Ada satu masa, PC sembang dengan babah. "Ba, Jua bukan mama, betul kalau ba hilang semangat mama tak ada. Tapi Jua ni 50 babah 50 mama. 50 dah tak ada. 50 bakinya ba. Baki yang ada 50 ni ba. Kalau ba pun tinggal 50 kerana 50 dah mama bawa pergi.. kita gabung. Teruskan amanah mama. Kita buat apa yang mama selalu pesan dan suka.

Lama. Tapi PC selalu ulang cakap. Antara memujuk dengan merawat perlahan-lahan. Pujuk dan rawat perasaan sendiri juga pun ya. Sikit-sikit nampak babah berubah. Nampak!. Setiap kali babah pergi kebun  PC ikut. PC bantu. PC ajak babah sembang. Imbas zaman PC kecil-kecil. Kanak-kanak. Remaja. Dan sekarang pc kembali. Tempat dulu PC habiskan waktu cuti sekolah dan hujung minggu. Kebun. Bahagia?. Ya. Gembira?. Ya. Cuma dah tak ada sepasang mata yang dulunya memerhati. Rindu.

Sesekali terpandang juga babah lap air mata. Sambil menebas rumput. Sambil tebang anak-anak pokok liar yang tumbuh. Babah sedaya upaya selindung. Tapi PC nampak. Selalu buat-buat tak nampak. PC pun selalu gitu. Hancur hati. PC tahu babah sedang berperang dengan dirinya sendiri. PC pun. Allah. IKUT BABAH PERGI KEBUN LAGI BAGUS. Bangkit. Beradabtasi dengan takdir tak mudah. Sekarang kami jalani. Pagi sejam dua dikebun. Nanti petang.. sejam dua lagi. Ma, kami bangkit.... buat macam dulu-dulu yang mama suka ya. Pergi kebun ikut babah. Jadi macam terapi pulak. Alhamdulillah. Dekat dengan alam. Sangat dekat dengan banyak kenangan.

NOTA PC  : lapang kebun
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama