MAKANAN DI MALAYSIA

MAKANAN DI MALAYSIA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. KADAR OBESITI di negara kita agak tinggi. Negara Asia Tenggara, Malaysia mencatatkan peratus tertinggi masalah obesiti. Allahuakbar. Ramai yang sedang berusaha untuk mendapat BMI YANG IDEAL. Ramai yang mengamalkan cara dan gaya hidup sihat. Menjaga pemakanan. Bersenam dan sebagainya. Tapi, kadar obesiti kian meningkat. Tetap sahaja. Termasuk PC la ni.

Tidak dinafikan di negara kita ni mudah mahu mencari makanan. Sangat-sangat mudah. Kalau rasa malas nak masak, beli. Buat sahaja pesanan. Kalau agak-agak rajin, masaklah sendiri. Ikutlah pilihan masing-masing nak yang mana satu dan macam mana. Jangan kecam mengecam. Jangan tuding menuding. Rumahtangga orang biarlah nak acuankan macam mana. Periuk nasi keluarga orang kan tak sama. Jangan menyebuk.

Banyak pilihan. Memenuhi citarasa. Alhamdulillah.  Bersyukurlah tinggal di Malaysia. Sebut sahaja.. insyaAllah ada. Boleh diusahakan. Setiap negeri ada menu khasnya yang boleh dinikmati sesiapa sahaja. Jadi umum. Mahu atau tidak sahaja mencuba makan.

SARAPAN PAGI. ROTI CANAI, NASI LEMAK, NASI GORENG, LEMPENG DAN JEJEMPUT. Kuih muih. Aduhai letih kalau nak dihitung. Ada banyak sangat-sangatkan. Tak terhitung. Sebenarnya kalau nak dibandingkan zaman kecik PC dengan zaman sekarang ni memang jauh perubahannya. Budaya ada yang kekal dan ada yang bertambah dan berubah juga. Kalau dulu sebut sarapan, ubi rebus. Pisang goreng. Nasi goreng dan sebagainya. Tapi sekarang tak kira masa. Ikut selera tekak nak makan apa. Haaa. Dan apa yang dulunya menu sarapan sekarang tukar jadi kudap kudapan waktu petang. Nampak tak.

MAKAN TENGAHARI. NASI CAMPUR. Sup-sup. Menu ala carte. Dan tak pelik juga ada yang pilih menu paling ringan dan santai. Tapi biasanya memang menu beratlah yang dicari waktu makan tengahari ni. Nasi berlauk lengkap. Fuhh padu sungguh la. Puas hati rasanyakan bila makan nasi berlauk. Ada petai ke, sambal goreng ke. Aawww. Cuma sekarang semuanya perlu pandai memilih la.  Bukan kena pilih sebab masalah harga sahaja, perlu perhatikan juga kualiti menu yang dihidangkan.

MAKAN MALAM. Kombinasi antara sarapan pagi dengan makan tengahari. Boleh jadi juga ada yang langsung tidak mengambil sebarang jenis makanan melainkan sekadar minum air kosong sahaja. Lebih-lebih lagi bila sedang dalam proses menurunkan berat badan atau di bawah pengawasan serta atas nasihat pakar kesihatan, lantaran faktor kesihatan. Makan malam ni boleh jadi yang ringkas sahaja. Atau ada juga yang tetap makan, makanan yang mengandungi zat dan vitamin lengkap.

Kepelbagaian bangsa dan budaya. Menyumbang banyak jenis menu atau juadah sehinggakan citarasa mudah dipenuhi. Tidak menjadi masalah. Pilih je mana yang kena dengan tekak dan boleh diterima oleh perut kita. Mulut dan tekak okay, tapi perut tak bolen terima pun tak okay juga. Bahaya. Jadi, cuba-cuba dulu ya. Jangan binasakan diri sendiri tau. 

Sekian.

NOTA PC  : makan untuk hidup maka cukup sekadar ala kadar dan sederhana.
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama