PANAS TERIK AIR LAKU KERAS

PANAS TERIK AIR LAKU KERAS | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. TENGAHARI JUMAAT. Alhamdulillah. Macam biasa panas terik sangat-sangat. Panas terik ditambah dengan debu halus. Sentiasa ada. Allahu. Tekak rasa perit sangat-sangat. Nak telan air pun rasa perit sakit.

Bila cuaca panas. Mudah rasa dahaga. Cepat haus. Memang tekak cepat kering. Bibir pun mudah kering. Mudah menggelupas juga. Kena minum air masak lebih la. Macam biasalah. Kalau hari biasa tiga liter itu diperlukan. Tapi dalam cuaca sekarang kena lebih.

Jangan pelik PANAS TERIK AIR LAKU KERAS. Tak kiralah air yang dijual dipinggir jalan atau air di rumah kita. Tak kira jugalah air manis atau air kosong. Haaa tu dia. Tengok buah kelapa pun dah terliur bila waktu panas terik ni. Kat kepala ni mula la itu ini bagai. Yang paling laku keras air balang la. Alhamdulillah rezeki peniaga kan.. kan.. kan. SubhanaAllah. 

PC adalah beli air balang, ada jugalah tanya, sembang dengan penjual. Sekarang ni air laku sangat-sangat. Selalu sampai ke petang baru habis semuanya. Tapi beberapa hari ni.. sebelum zohor dah kena bancuh lagi. Alhamdulillah. Ais pun kena tambah stoknya. Antara ujian dan hikmah. Panas terik ni ujian. 

Anak saudara PC masuk hospital. Mula-mula batuk. Kemudian selesema pula. Baik batuk dan selesema eh demam pulak. Terbalik pulaknya. Biasa demam, batuk dan selesema. Hurmmmm. Beginilah hidup. Garis waktu yang berbeza-beza. 

NOTA PC  : syukuri dan jalani
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama