PANDAI

PANDAI | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. AKADEMIK. KEHIDUPAN. DUNIA. AKHIRAT. Siapa nak jadi pandai?. Semua angkat tangan. Macam mana nak pandai?. Belajar. Tuntut ilmu sebanyak yang boleh. 

Pandai. Luas pengertiannya. Lain orang lain cara mentafsir erti pandai itu. Tak percaya cubalah tanya. Pandai tu apa?. Apa pengertian pandai itu ikut pendapat masing-masing. Maka akan keluarlah macam-macam perspektif pandai itu. Larat atau tidak  jelah nak dengar. Kalau tak dibendung boleh jadi gaduh. Biasalah bila beri pendapat ni kan.. masing-masing cuba pertahankan pendapat.

Menurut kamus dewan, PANDAI itu
Definisi ringkasya 
1. cerdik, pintar 
2. bijak, cekap, mahir
3. boleh, mampu, sanggup 
4. sesuka hati 

Kalau pendapat PC, pandai mesti dalam keseimbangan dan sederhana. Sederhana ni bukan la ala kadar atau cincai je. Asal boleh je. Tak juga macam tu. Apatah lagi zaman sekarang ni. Cabaran semakin besar dan tinggi. Sungguh. Di mana-mana pun. Ya, pandai dan boleh menguasai setinggi dan sehabis baik dalam akademik memang baik sangat-sangat. Menuntut ilmu ni ibadah. Gunakan ilmu yang ada ke arah kebaikan itu itu mengumpul sebanyak-banyaknya pahala juga. Asal jangan SALAH GUNA ILMU. 

PANDAI
GAMBAR HIASAN

Ubah cara berfikir. Lebih santai. Lebih terbuka. Cari solusi atau dengar pendapat atau pandangan daripada banyak sudut. Kalau boleh tidak cuma berdiri dengan pandangan sendiri sampai mati. Mati akal. Entah tak tahulah kenapa. PC kurang suka dengar ibu bapa cakap.. "anak makcik pakcik tak pandai.....". Bila tengok dan dengar ibu bapa lain bersungguh puji anak hebat dalam bidang masing-masing. 

Tak pandai apa pulak la ni?. Macam mana ya... kalau sebut pandai je mesti terus jurus fokusnya pada pendidikan. Pelajaran. Universiti mana. Luar negara, dalam negara. Kerja yang baik-baik. Kesian anak tu. Jangan ukur pandai cuma pada satu segi sahaja. Jangan pada pendidikan sahaja kerana ada anak akademiknya kurang tapi kemahirannya sangat memuaskan. Ada juga yang akademik kurang baik. Kemahiran pun kurang mahir. Tapi akhlaknya.. MasyaAllah. SubhanaAllah. Ini pun PC dah tengok depan mata.

Zaman sekarang, ilmu penting untuk duniawi bagi meneruskan hidup di dunia, tapi dalam masa yang sama, ilmu akhirat terlebih penting untuk kehidupan abadi nanti. Bersungguh marah anak tak skor A dalam setiap mata pelajaran, kalau anak tu ambil 10 subjek.. 10 tu kena skor A.. tapi tak pula marah anak bila tak solat.. Solat pun kena lebih berganda A nya. Ini contoh tau. Tapi PC tengok sendiri depan mata. Ada banyak lagi. Ini contoh paling mudah dan ringan je. Simple.

Akhir zaman, semakin ramai orang bijak pandai. Banyak ilmu duniawi dikuasai.. tapi semakin sedikit yang tahu beza halal haram. Dosa pahala. Mungkin banyak ilmunya namun tidak cukup lagi untuk menimbulkan rasa takut pada balasan pedih daripada Allah swt. Hari ini yang dipuji yang ditatang yang hebat digelanggang peperiksaan. Semoga satu masa nanti yang satu masa dipuji pula tidaklah hilang bila diharap tangannya minta dipegang. Mata-mata memandang. Telinga yang mendengar. Biar lisan berdusta, tiada yang terlepas walau secebis.

Pandai. Ya pandai. 

NOTA PC  : letih 
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama