SELESAI SEPULUH BULAN

SELESAI SEPULUH BULAN | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Hihi. SELAK KALENDAR 2023. INSYAALLAH esok sudah melangkah ke bulan yang kesebelas. Esok dah masuk satu November. ALHAMDULILLAH sangat-sangat. 

Cuaca macam biasalah. Sedia maklum. Panas terik sangat. Nanti selang seli Allah turunkan hujan pulak. Panas. Sejuk. Hangat jadinya. Syukurlah. Cuma masing-masing kena lebih jaga diri. Jaga kesihatanlah  itu yang penting. Sangat-sangat penting. Bila kesihatan terganggu, banyak urusan lain pun akan terjejas.

SELESAI SEPULUH BULAN

TIGA PULUH SATU hari. Selesai diam tak diam ya. Selesai Oktober untuk kita jadikan kenang kenangan. Apa yang berlaku dan dilakukan. Apa yang menjadi dan kurang atau tidak menjadi sebagaimana dirancang. Rasa macam.. alah sikit je 31 hari. Kalau halusi betul-betul.. 31 hari tidak sekadar angka sahaja. Bukan cuma angka!!

Kalau yang seronok, gembira-gembira.. memang akan rasa, eh sekejap atau cepatnya masa. Tapi kalau sebaliknya.. 31 hari rasa macam 31 tahun oii. Percaya tak. Sebenarnya semua tu perasaan kita sahaja. Kita yang set begitu. Kalau yang best nak lama je berlaku. Tapi kalau yang tak best tu kalau boleh cepat-cepat laaaah berlalu.

Sekarang berbaki dua bulan sahaja lagi. 2023. Masa mama ada.. soalan mesti pada PC.. "anak mama dah qada puasa belum?".. selagi tak selesai haa selagi tu laaaa. Memang daripada PC baligh. Mama cukup jaga. Pernah PC kena hambat dengan rotan sebab lewat solat main dengan kawan-kawan. 

Memang wajib qada. Qadalah. Umur ni kita tak tahu. Mana boleh selesaikan awal. Buatlah ya. Kalau Allah izin dah tak lama lagi kita nak berpuasa. Esok dah November. Kurang lima bulan dah nak Ramadan.

Hello NOVEMBER 

NOTA PC : November Disember selagi DIA IZIN

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama