SIPUT SEDUT LAUK BERHANTU

SIPUT SEDUT LAUK BERHANTU | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. ADA MUSIM. REZEKI. Ada masa banyak sangat-sangat. Ada masa berhari-hari cari tapi tak ada saja. Lama tak makan siput sedut. Bila rasa nak masak dan makan eh tak ada pulak. Diam je lah.

"Abang rasa nak makan siput sedutlah.. masak lemak cili api..lama tak makan siput sedut".. PC pun terkejut juga. Tapi biasanya memang macam tu. Rasa nak makan, diam je nanti en suami pun akan rasa nak makan benda yang sama. Maka pergilah mencari en suami. Rupa-rupanya dah beberapa hari en suami cari siput sedut tapi tak ada jual.

Akhirnya dapat. Alhamdulillah. Syukur. Masak lemak cili apilah macam yang tekak nak. Kalau mama suka goreng berlada. Letak kuah sikit-sikit je. Sebab babah pun suka macam tu. Tapi kalau belah mertua suka siput sedut masak lemak cili api. Dua-dua PC okay je. Boleh makan. Asal tak pedas sangat. Kalau pedas mahu berapi telinga.

SIPUT SEDUT LAUK BERHANTU. Memang. Bagi keluarga kami. Dapat satu lauk ni je pun dah syok makan. Lupa pulak nak beli nanas. Sedap jugakan kalau campur dengan nanas. Mungkin ada yang tak suka. Tapi ada yang suka. Kalau tak masukkan nanas, campur dengan batang keladi pun sedap juga. Fuhhh. Aahh la. Batang keladi. Adoii. Otak ni ingat makan je. Apa la nak jadi.

Kalau nak makan siput sedut hati-hati. Risau sedut punya sedut tertelan la pulak. Tak ke kacau bilau. Sebab PC dah pernah alami. Fuhh. Alhamdulillah tak jadi apa-apa. Syukur. Dulu murah je siput sedut ni. Tapi sekarang.. hurmmmm. Ada rezeki, boleh beli lebih. Kalau tak beli la takat mampu. Rezeki selalu ada. InsyaAllah. 

NOTA PC  : belangkas macam dah pupus.. kalau ada pun harga yahudddd.
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. ammi tak geng dengan siput sedut ni. yg suka makan ni kesemua lelaki dalam rumah

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama