AKHIR NOVEMBER

AKHIR NOVEMBER | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. SELESAI MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL di surau kampung PC. Untuk pertama kali PC dapat join. Setelah balik kampung. Sebelum-sebelum ni duduk jauhkan. Dengar cerita je. Alhamdulillah seronok. Syukur.

Hari terakhir dibulan November 2023. Tak akan berulang lagi. Nanti seterusnya Disember andai Allah swt masih rezekikan. Moga-moga. Aamiin. Kita sentiasa mengharapkan yang terbaik seperti apa yang kita inginkan. Tak ada yang buruk-buruk kita harapkan. 

AKHIR NOVEMBER

Hujung tahun. Mungkin boleh jadi ini satu episod baharu untuk kita. Bermula. Permulaan. Masih teringat lagi ceramah yang disampaikan ustaz penceramah tadi, Rasulullah saw baik sangat-sangat. Beruntung kita jadi umat nabi. Cuma cabarannya kita hidup di zaman yang mewah dengan fitnah. Maka berhati-hatilah.

Kalau November sudah berakhir kemudian terfikir apa langkah pertama sebaiknya dilakukan untuk memulakan sesuatu... mulakan dengan SOLAT. Perbetulkan dan tekunkan solat dulu. Ini yang Allah swt dan nabi suka sangat-sangat. Sungguh.

Bersangka baik dengan Allah. Memaaf dan melupakan *jujur ini berat nak dibuat*. Kita manusia tapi kita boleh buat. Sebab apa?.. kerana Allah swt tahu tahap kemampuan kita. Esok DISEMBER.  BISSMILLAH. 

NOTA PC  : kian menua
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama