BILA SUDAH MEMBUAT KEPUTUSAN MAKA TERIMA SEMUA APA ADANYA

BILA SUDAH MEMBUAT KEPUTUSAN MAKA TERIMA SEMUA APA ADANYA | Ø¨ِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Hihi. Sangat tidak banyak PC dedahkan kisah keluarga. Posesif. Mungkin. Tersangat menutup pun ya juga. Kerana PC yakin ada sisi-sisi lain yang boleh PC kongsi dan PC percaya sahabat-sahabat blogger PC semuanya bersahabat dengan PC di alamaya ni kerana Allah SWT. 

Positif. Kalian baik. Kalian sangat menyokong dengan cara kalian masing-masing. Ada hal boleh kita kongsi. Ada perkara cukup menjadi suatu yang sangat peribadi. Sesuaikan dengan tempat dan waktunya. SEBAGAIMANA pesan mama. Babah. En suami. Ya, masih ingat.

Dari PC kecil, kucinglah kawan baik PC. Babah mama kata mereka pelihara kucing sedari awal mereka berkahwin bererti sudah puluh tahun. Ada yang hilang, mati tapi sekalipun tidak pernah babah buang atau pindahkan kucing. Nakal la macam mana pun. Paling tidak pun mama cubit punggungnya sahaja. Itu pun cubit manja. 

Tak semua orang suka kucing. Ada yang memang betul-betul pencinta kucing. Ada yang suka kucing masa kucing tu kecik lagi sebab comel. Bila besar disia-siakan. Ada yang suka cuma suka, suka tengok, suka belai tapi tak suka nak membela.

Prinsip PC mudah, kalau betul suka, sayang dan jaga sungguh-sungguh. Kalau tak suka atau tak nak pelihara jangan aniaya atau seksa dia. Biarkan dia. Bukan kucing je tapi semua haiwan dan makhluk lain juga. Nak pelihara haiwan tak boleh separuh hati kerana mereka bernyawa dan mereka seperti juga kita tidak selalu sihat dan tidak sentiasa dalam emosi yang stabil.

Komitmen. Ekonomi. Sabar. Doa. banyak yang mesti dipertimbangkan betul-betul dan serius sangat-sangat. Entah kenapa hati jadi rapuh melihat situasi sekarang ni. Orang dah macam tak ada perasaan belas. Kejam sungguh-sungguh. Zalim sungguh la. Kenapa ya?. Tak kisahlah kucing ke. Anjing ke. Rasa macam nak jerit je pada telinga orang yang suka menyakiti haiwan ni. "HOIIII KAU TAK TAKUT NERAKA KE!!!!".

Bila sudah membuat keputusan maka terima semua apa adanya. Sayang kerana Allah SWT. Ada perjanjian dengan Tuhan. JANGANLAH hangat-hangat tahi ayam. Sumpah!.. PC rasa sakit hati .. Selalu cakap dengan en suami dan babah, "rasa macam bak tumbuk je orang yang menzalimi binatang ni". 

NOTA PC : tuntutan di akhirat itu berat


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. ya Allah, betul tu PC...haiwan2 tu x bersalah..x taw la kenapa org boleh jadi kejam sangat

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama