BULAN KESEBELAS HELLO NOVEMBER

BULAN KESEBELAS HELLO NOVEMBER | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. ALHAMDULILLAH.  Semalam ceritanya. Hari ini harinya. Lembaran November pula bermula. Rabu pertama dibulan November sebagai pembuka. Semua hari yang Allah swt beri baik untuk kita. Cuma nasib kita sahaja yang berbeza-beza. Betul tak.

NASIB BERBEZA-BEZA kerana takdir setiap kita tidak sama. Garis waktu yang cuma DIA YANG MAHA TAHU. Hari demi hari. Berlalu. Kita isi dengan apa yang mahu kita isi. Banyak rancangan. Pelbagai impian. Ketika kita sibuk mahu merencana itu ini Allah selalu sertakan dengan ketentuanNya untuk kita hamba-hambaNYA. Jangan ada rasa semua kerana hebat diri sendiri sahaja.

Hujung tahun yang lazimnya mencabar. Cuaca terutama. Disamping itu tetap sahaja ada hal-hal lain yang mesti diurus dengan sehabis baik. Untuk bulan ini PC dah dapat satu undangan walimatulurus. Alhamdulillah. Allah izin sampailah. Aamiin. Mana boleh usahakan. Kita usahakan. 

Bulan ni dua orang adik ipar PC sambut ulangtahun kelahiran.  Hari ni seorang, adik lelaki nombor tiga. Nanti 19 haribulan yang bongsu pulak. Adik en suami. Masing-masing dah dewasa. Dah berkeluarga pun. Ada anak dan isteri yang mesti mereka pertanggungjawabkan. Dunia sampai akhirat.

Sekarang ni mungkin ada yang dah mula merancang percutian hujung tahun. Perbelanjaan persekolahan tahun hadapan juga. Mungkin ada yang rasa lama lagi nak 2024. Sebenarnya 365 hari ni tak lama pun. Lagilah bila sibuk itu ini. Sedar-sedar eh dah Jun.. eh dah September. Begitulah seterusnya. 

NOTA PC  : setiap hari pastikan berubah menjadi insan lebih baik
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama