DIPERTEMUKAN UNTUK BELAJAR SESUATU | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. BERTEMU BELUM TENTU BERJODOHAN. TAPI KALAU MEMANG ITU JODOH YANG DIJANJIKAN PASTI BERTEMU. Betul. Memang betul. Betul sangat-sangat. Tapi ini kalau condongnya ke arah jodoh antara lelaki dan perempuan.
Sudut pandang yang luas dan banyak. Sebut jodoh ni tidak cuma untuk permulaan hidup berpasangan. Jodoh menjadi kawan. Jodoh bekerjasama sebagai kawan sekerja.. dan banyak lagi jodoh ni. Jangan bila sebut jodoh.. untuk jumpa, bercinta, kahwin dan sebagainya. Tidak dilingkungan itu sahaja.
DIPERTEMUKAN. Tentu bersebab. Mesti Allah telah rencanakan sesuatu untuk kita dan dia atau mereka. Setiap pertemuan atas urusan tertentu. Tentu sahaja satu hal yang tidak dapat dielak dengan izinNya. Kita atau sesiapapun tak tahu akan dipertemukan dengan siapa. Untuk kali pertama. Atas urusan apa juga. Sehinggalah ianya terjadi. Semua ada dalam plan Allah swt. Kita ni watak-watak sahaja.
Bila sudah dipertemukan. Dengan alasan atau cara apa sekalipun. Tentu ada manfaat atau kebaikannya. Sepihak atau dua belah pihak. Namun begitu kena ingat, tidak semua baik yang akan kita atau dia dan mereka terima. Kadang awal sampai akhir pertemuan baik-baik sahaja. Kadang awal baik, eh hujungnya menyakitkan. LEBIH PEDIH DAN SAKIT bila Allah swt jodohkan, pertemukan daripads awal tak baik sampailah ke akhir pun tak baik. Memang tertekan!. Zalim ke Allah swt?. TIDAK!. Jujurnya memang rasa sangat-sangat kecewa tapi dalam masa yang sama kita boleh BELAJAR SESUATU.
Belajar sesuatu. Tak ada yang sia-sia. DIPERTEMUKAN UNTUK BELAJAR SESUATU bagi PC dan keluarga. Ya, belajar sesuatu daripada setiap pertemuan. Memang akan ada sesuatu yang kita dapat, tak kiralah dapat perkara yang baik atau tidak baik. Mesti ada sesuatu yang Allah swt nak kita belajar. Bukan belajar main-main. Belajar betul-betul. Jadikan sempadan dan tauladan. Manusia ni.. satu je. HATI dia macam mana. Itu je. Kalau hatinya jernih, bersih, putih dan paling penting takut pada Allah swt, insyaAllah semuanya baik-baik sahaja. Kita sendiri pun, kalau hati kita baik, insyaAllah hidup kita tenang.
NOTA PC : kalau mati itu pasti.. jangan lupa, azab Allah swt juga pasti.
Tags:
Santai Peribadi
Betul, dan setiap pertemuan pasti ada perpisahan...:(
BalasPadam