HASILKAN ARTIKEL BERKUALITI BUKAN MIMPI

HASILKAN ARTIKEL BERKUALITI BUKAN MIMPI | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. SEORANG PENULIS. IDEA menjadi tunjang utama. Kuat tunjangnya, insya Allah ditiup angin ke arah mana pun masih di situ. Kecuali Allah swt berkehendak sebaliknya. Itu lain cerita. Tapi secara teori dan hakikat.. apa pun.. kalau kuat asasnya insya Allah yang lain-lain berada dalam keadaan selamat. Aamiin.

Sekarang ni, mudah sangat nak menghasilkan artikel. Betul!. Mudah sangat-sangat. Buka je media sosial. Tengok dan baca diruangan komen. Macam-macam ada. Karangan. Rumusan. Pilih je. Pandai tak pandai sajalah nak pilih mana patut dan mana yang tak patut. Bagi pemdapat PC kan.. yang susah ni bila nak hasilkan satu artikel yang berkualiti. Berisi. Ada nilai yang tinggi dan sesuai sepanjang zaman. Lagi satu boleh diterima semua peringkat usia.

HASILKAN ARTIKEL BERKUALITI BUKAN MIMPI. Paling kena jaga, ada beberapa JANGAN ATAU MESTI DIELAKKAN. ARTIKEL BERKUALITI daripada sudut pandan PC mungkin tidak sekadar yang menarik minat orang lain nak baca dan terus baca hingga mendatangkan pendapatan tetapi artikel berkualiti ni lebih daripada itu semua. Ada sudut lain yang mesti diambil kira. Kena cakna. Mesti jaga.

Jangan membidas ikut suka hati. Tak kisahlah apa yang nak dibidas atau diperdebatkan. Lebih-lebih lagi melibatkan agama, budaya, ras dan sebagainya. Isu-isu sensitif kalau boleh elakkan. Apatah lagi bila guna pendapat sendiri. Okay... blog, blog kita. Lagi la bila ada domain sendiri. Kita yang bayarkan ikut sukalah. Betul. Memang tak salah meluahkan dan berkongsi pendapat. Tapi dalam pada kita rasa kita punya dan hak kita berpendapat.. tidak manis juga kalau membidas keterlaluan.

Jangan menjatuhkan. Awak nak naik jangan sampai menjatuhkan orang lain. Awak nak nampak baik jangan sampai memburuk dan membusukkan orang lain. Naik dengan cara yang betul. Dengan kelebihan yang ada tu, gilap sampai kilat dan bersinar. Aib orang ke, aib sendiri ke tak payah dibuka-buka. Simpan rapat-rapat. Cerita lain. Bila awak menjatuhkan percayalah di atas tidak akan bertahan lama. Kan ada yang paling di atas. DIA YANG MAHA. Ingat tu.

Orang sentiasa mencari yang terkini. Orang minat perkara dan cerita yang sensasi. Betul atau fitnah. Pahala atau dosa tu macam dah tak ada ertinya. Hal-hal peribadi lagilah dicari-cari. Sebenarnya artikel yang baik, bila kita boleh sedarkan dan pengaruh orang lain menjadi lebih baik secara walaupun perlahan-lahan. HASILKAN ARTIKEL BERKUALITI BUKAN MIMPI. Ia boleh jadi kenyataan. Mewah dengan kata kunci yang baik. Baiknya bukan untuk kita sahaja tapi kepada orang lain juga. Menjadi seorang blogger ada satu tanggungjawab besar dan berat yang digalas. Boleh jadi gudang pahala. Boleh jadi perangkap dosa. Pilih la nak yang mana.

NOTA PC  : kualiti blog semakin merosot ni.. hurmmm.. semangat..
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. insya-Allah...mudah mudahan apa yang dicoret dalam blog yg baik2 saja dan mungkin boleh jadi panduan utk org lain juga...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama