MENGAMUK TAK TENTU PASAL

MENGAMUK TAK TENTU PASAL | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. BANYAK LUAR JANGKAAN KITA. TAPI SEMUA DALAM KEHENDAK DAN PANDANGAN SERTA IZIN ALLAH SWT. 

Sudah tidak pelik. Atau mungkin sudah menjadi sesuatu yang biasa. Akhir zaman. Memecahkan apa yang terbuku dihati dan berserabut difikiran dengan pelbagai cara. Mungkin mengamuk sampai mengorbankan dan terkorban. Tidak asingkan dipendengaran kita kes-kes yang ada. Dimedia elektronik yang sering kita tonton dan dengar.

Betul ke mengamuk tidak tentu pasal;

Atau

Ada sesuatu disebaliknya yang orang lain tidak tahu. Cuma diri sendiri dan Allah swt sahaja yang tahu. Mengamuk?  Ada ke orang kata mengamuk tu positif. Rasa-rasanya la kan.. kann.. bila sebut je mengamuk, negatif la pada pandangan orang. Itu baharu kali pertama dengar. Tak usul periksa lagi. Haaa.

MENGAMUK TAK TENTU PASAL

Tapi, pandangan peribadi PC sendiri, mengamuk tak tentu pasal ni memang tak baik.. cuma satu perkara yang mesti kita hadam betul-betul.. kalau orang tu atau sesiapa sahajalah.. mengamuk, pasti bersebab. Kalau dia mengamuk sebab ada penyakit, ya penyakit atau gangguan itulah sebab atau alasannya. 

Masalah. Selagi hidup. Kita dihadapkan dengan pelbagai masalah. Ada orang santai menangani masalah. Ada orang hingga tertekan ketika berhadapan dengan masalah. Tak mustahil juga sampai tahap mengamuk. Kadang orang yang buat masalah dengan kita. Memang mengamuk la. Mendapat la kau ya. Hati-hati. 

NOTA PC  : bila orang baik mengamuk.. fuhh padu
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama