SEMUA BERSEBAB | Assalammualaikum semua. Hihi. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. HARI NI OTAK RASA BERCELARU. PERASAAN PUN ENTAH RASA TAK BEST. PC yakin bukan cuma mainan perasaan atau fikir yang bukan-bukan. MAMA selalu cakap, PC ni bila fikir sungguh-sungguh. Tu yang babah pun selalu risau. PC bukan jenis yang semua boleh bawa mudah atau bawa santai. Sebab PC boleh beza orang tu serius tapi jadikan gurauan atau memang betul-betul gurau. Bila ada "rasa-rasa" yang tak sedap, jadi malas. "Malas".
Semua bersebab. Kita sebagai manusia buat sesuatu tentu bersebab. Macam tu juga Allah swt. Bila Allah swt izin sesuatu itu berlaku pada kita.. juga bersebab. Ada alasannya. Allah tahu sebab atau alasannya DIA lakukan.. dan DIA JUGA TAHU kenapa kita lakukan sesama insan atau makhluk lain. Niat kita Allah swt TAHU. Memang tak boleh tipu. Jadi, jangan tipulah. Buang masa.
Sebab yang dirahsiakan. Kalau kita yang buat sesuatu, tentu kita ada alasan dan tahulah apa sebabnya. Tapi kalau sesuatu itu daripada Allah swt memang kita tak tahulah apa sebabnya. Alasan. Hikmah. Pengajaran. Biasanya setelah atau selepas. Bersabar dan bersangka baik dengan Allah tak mudah. Nak luruskan hati dengan akal ni susah. Tercuit sana, dicuit sini. Hurmmm. Mencabar sungguh.
Pahit. Pedih. Sakit. Bisa. Semua bersebab. Rasa-rasa ini menjadi makanan selagi hidup. Sentiasa menjadi hidangan hati yang berjiwa. Otak yang berakal. Setiap kali berjuang yang macam tidak berpenghujung, tetap nanti Tuhan datangkan rasa yang mampu merawat. Bagai dirawat dan didakap erat. Bagai ada yang memujuk perlahan-lahan. Sabar... sabar... sabar.
Iman [keyakinan terhadap wujudnya Allah dengan hati, yg dilafazkan dengan kata-kata, dan dilaksanakan dengan amalan]. Takwa [taat mengerjakan perintah Allah, memelihara hubungan baik dengan Allah]. Meyakinkan. Sesungguhnya semua bersyarat. Semua bersebab. Lambat atau cepat. Semua ada pada garis waktu yang tepat.
NOTA PC : rindu nak jalan-jalan tepi pantai
Tags:
Santai Peribadi
semoga segala yang mengusutkan fikiran Jua dirungkaikan. Jangan terlalu berfikir sangat ye...jom ambil wuduk kita ngaji buat tenangkan hati
BalasPadam