TIDAK MENARIK PERHATIAN | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Hihi. TIDAK MUDAH MAHU MENARIK PERHATIAN ORANG DENGAN CARA YANG BIASA-BIASA. Mesti ada usaha yang lebih, lain daripada yang lain dan kreatif. Kadang semua ini ditolak ke tepi tapi memilih cara yang hitam untuk menarik perhatian. Ianya jadi jalan pintas yang cepat tapi tidak selamat. Cuma mungkin tak ramai yang sedar akan kesannya dikemudian hari. Beruntunglah bagi sesiapa sahaja yang berjaya menarik perhatian dengan cara yang baik, sihat dan selamat dunia akhirat.
Citarasa orangkan tak sama. Sebab itulah ada yang tertarik. Ada yang tidak tertarik langsung. Siapa kita. Asasnya kita makhluk yang Allah swt cipta. Kita hamba-hambaNYA. Manusia yang dibekalkan dengan otak yang berakal. Memang tidak ma'asum tapi boleh beza baik buruk, halal haram. Jadi, tolonglah menarik perhatian dengan cara bersih dan baiknya tu bukan diri sendiri yang dapat. Orang lain pun dapat juga.
Aku.. akulah |
Banyak hal yang dipandang sebenarnya, tapi dipandang sepi. Puncanya TIDAK MENARIK PERHATIAN. Atau mungkin panas pada awalnya kemudian menjadi beku hujungnya. Hangat-hangat tahi ayam. Orang lebih mudah tertarik pada sesuatu yang klik pada jiwanya. Kalau tak, memang tidaklah jawabnya. Nak pertahankan sesuatu yang pisitif hingga menarik perhatian orang tak mudah. Memang tak mudah.
Contoh paling mudah. Blog. Blogger la. Sebelum orang kenal blogger tu.. mesti orang kenal karyanya terlebih dahulu. Tak kisahlah niche blog itu apa. Bila artikel yang dihasilkan mampu menarik minat, pembaca atau pengikut biasanya akan ulang dan ulang dan ulang lagi datang ke blog yang dirasakan klik dengan jiwa. Bagi PC tak mudah nak tarik perhatian pembaca. Nak dapat pembaca yang cepat-cepat cari butang pangkah mudah sangat-sangat. Betul tak.
Begitu juga dalam kehidupan kita sehari-hari. Tidak menarik perhatian.. maka selamat tinggal. Sentiasa ada persaingan. Sentiasa kena perah otak dan menjadi lebih dahulu ke hadapan. Tapi ingat. Nak tarik perhatian jangan cantas orang lain.
Sekian.
NOTA PC : menarik perhatian belum tentu hati tertarik
Tags:
Santai Peribadi
Sedih la kalau orang terus pangkah
BalasPadam