BULAN KEDUA BELAS HELLO DISEMBER | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. HUJAN MASIH LAGI TURUN. Syukur. Pemberian Allah swt untuk sekalian alam yang menerimanya. Sejuk. Nikmat. Semoga bertambah-tambah rezeki para peniaga juga walau sudah larut malam.
Mata berat untuk dilelapkan. Allah belum izin untuk lena. Barangkali masih mahu PC muhasabah lagi diri sendiri. Cari jalan atau cara terbaik untuk berubah menjadi lebih baik. Untuk diri sendiri dan untuk orang lain juga. Untuk di dunia dan untuk di akhirat lebih-lebih lagi.
Menuju hari kedua dibulan Disember. Sekejap sahaja kan. Alhamdulillah. Kita berada dihujung tahun. Perlahan-lahan menuju tahun baharu 2024. Musim hujan dah pun bermula. MasyaAllah. Cuti sekolah pun tak lama sahaja lagi nak bermula. Insya Allah bulan ni semua adik beradik balik kampung. Berkumpul. Aamiin.
Hujung tahun waktu merancang. Percutian. Kewangan. Perbelanjaan. Setiap sen sangat berharga. Sangat-sangat. Begitu juga waktu yang Allah swt pinjamkan kepada kita semua. Apatah lagi Ramadan kurang empat bulan dari sekarang. Ermmm. Setiap satunya perlu diambil kira. Masuk dalam perkiraan.
BULAN KEDUA BELAS HELLO DISEMBER. Hujung tahun. Boleh jadi ini satu permulaan baharu kerana garis waktu dan garis takdir setiap orang berbeza-beza. Setiap hari kita belajar akan banyak perkara dan peristiwa. Allahu. Semoga Allah swt dan Rasulullah saw sentiasa dihati kita. Aamiin.
NOTA PC : mata menandang, telinga mendengar, hati menanggung
Tags:
Santai Peribadi
semoga hari-hari yang akan datang membawa ketenangan kepada kita, aamiin. <3
BalasPadamSemoga yang baik2 sahaja untuk kita di dunia dan akhirat . Aamin
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam