EMPATI LEBIH BESAR BERBANDING KEINGINAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. MUNGKIN SELALU BERLAKU ATAU SESEKALI TERJADI. Ada masa tertentu keinginan membuak-buak berbanding rasa empati. Tapi ada detik tertentu sebenarnya rasa empati lebih tebal kalau nak dibanding keinginan. Lain orang lain cara. Lain padang lainlah belalangnya.
NIAT tidak menghalalkan cara pada perkara-perkara yang tidak baik atau pada perkara-perkara yang Allah swt memang tegah. Tapi kalau niat kita memang baik seribu satu cara cari jalan untuk lakukan kebaikan itu lebih-lebih lagi pada perkara halal. Betul tak.
EMPATI LEBIH BESAR BERBANDING KEINGINAN. Sekarang mudah sangat nak jumpa peniaga gerai-gerai kecil di pinggir-pinggir jalan ni. Cuma kena rajin mencuba. Ada yang peniaga sangat menjaga kualiti. Ada peniaga cuma jaga untung.. untung dan untung lagi. Ya, peniaga yang berniaga, mestilah nak untung. Walau untung tipis sahaja. Agak-agak kalau tak jaga kualiti, untung bertambah atau rugi pada akhirnya.
PC ke, en suami ke, babah ke.. suka cuba. Mana yang okey tu biasanya ulang datang dan beli. Makanan dan minumanlah biasanya. Tempat biasa-biasa yang mampu.. yang istilahnya nak buat baju, ukur dibadan sendirilah gitu. Tapi kalau kerap sangat ulang pun jemu juga. Tak gitu. Mood pun macam tak best kan..
Jadi, bila ada rasa tak best *sebab kerap* pada tekak sendiri tapi nak juga beli, itulah.. jadi, beli sebab ada niat nak terus support kerana Allah swt. Rasa empati. Sebab pandang dari sudut, bayangkan yang sedang berada di situ adalah diri kita. Haaa. Memang tak mampu nak bantu semua, tapi satu dua pun kalau dapat sokongan pun syukur alhamdulillah jugakan.
NOTA PC : jangan ambil kesempatan pada orang lain dan jangan benarkan orang lain ambil kesempatan pada kita
Tags:
Santai Peribadi
A Dubai trip is incomplete without experiencing the Desert Safari. The vastness of the desert, the cultural performances at the camp, and the warm hospitality made it a standout experience
BalasPadam