JANGAN SANGKA HUJAN TAK TURUN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi.Pepatah, GURUH DI LANGIT AIR DITEMPAYAN DICURAHKAN. Macam PC pulak tengok langit cerah terang benderang silau mata memandang, yakin tak hujan. Cakap dengan babah kumpul semua mana yang kotor masuk mesin basuh kita kasi blander. Hahahaha. Gara-gara dah beberapa hari hujan sepanjang hari. Haa gitu.
Semangat berkobar-kobar ku lebur. Penyangkut pakaian full. Ampaian full. Sampaikan bantal pun ku basuh juga. Perhhhh amboi-amboi. Pepatah lagi.. ku sangka panas sampai ke petang, eh rupa-rupanya hujan selebat-lebatnya di tengahari. Masak akak.. dik. Ya Allah, mungkin ini salah satu cara dosa-dosa kecilku mahu ENGKAU AMPUNI. Fuh.
JANGAN SANGKA HUJAN TAK TURUN. Sekali je guruh. Kuat. Lepas tu tak berapa minit terus gelap gelita disertai dengan angin. Turunlah hujan selebat-lebatnya. Mana kain baju yang tipis tu kering molek. Mana yang tebal-tebal tu.. tengok menangis. Pulak yang tebal lagi banyak dik non.. Ya Allah. Kucing dengar hujan pun boleh sembunyi. Takut la tu. Dengan sejuknya lain macam. Alhamdulillah.
Bila panas terik jangan sangka tak hujan. Boleh je hujan selebatnya. Bila tengah hujan lebat sangat-sangat jangan fikir.. ahhhh ni mesti hujan sampai malam ni.. tak juga. Bila Allah swt berkehendak tiada yang mustahil. Macam juga Palestine kan.. kalau sekelip mata Allah nak merdekakan bumi Palestine, tak mustahil. Kita sama-sama doakan tau.
Ketawa sampai tegang perut. Sampai kebas pipi. Bila Allah nak kita menangis, tak sampai seminit ada je asbab yang buat kita menangis sampai bengkak kelopak mata. Semuanya boleh. Semuanya mungkin. Semuanya. Tiada daya kita hamba untuk lakukan apa-apa tanpa izinNYA. BEGITU JUGA perjalanan alam ini. Semua ditadbir olehNya. MasyaAllah. Alhamdulillah.
NOTA PC : belajar la daripada alam
Tags:
Santai Peribadi
Celebrated a special occasion on the Alexandra Dhow Cruise and it exceeded all expectations! The live music, the stunning views, and the overall atmosphere created a magical evening. Highly recommend for anyone looking for a memorable time in Dubai.
BalasPadam