LETIH SANGAT-SANGAT

LETIH SANGAT-SANGAT  | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. KEBIASAN en suami suka yang spontan. Biasanya rancang kurang menjadi. Bila spontan ni jadi. Dengan izin Allah swt jugakan. Tapi ada juga yang dirancang elok-elok menjadi juga. Alhamdulillah. Syukur. 

Kisah beberapa hari lepas..
"Jom pegi KL" - en suami
"Huhhh" - PC

LEPAS SUBUH GERAKLAH kami berdua. Mendung sepanjang jalan. Ada kawasan yang gelap gelita. Ada yang panas terik tapi langit gelap. Kenderaan memang banyak. Cuti sekolah kan.. kan.. kan. Harap maklum jelah. Memang mencabar. Ada kemalangan. Kesesakan lalu lintas memang tak main-main. Ambulans dan kereta polis pun boleh tahan. Sentiasa ada dan dengar siren. 

LETIH SANGAT-SANGAT. Sebelum ni, berjalan jauh ni menjadi rutin kami. Dua bulan sekali. Tiga bulan sekali balik kampung. Bila dah balik ke kampung ni.. lama tak jalan jauh.. sesekali, dia punya letih lain macam. Fuhhh. Bagaya betullah. Sungguh.

Ada urusan lain, maka kata en suami kita balik hari jelah. Bertolak lepas subuh balik semula ke BATU PAHAT lepas zuhur. Sampai dekat senja jugalah. MasyaAllah. Alhamdulillah. Allahuakbar. Ditambah hujan yang kian lebat. Ya Allah. 

Faktor usia menyumbang juga la barangkali kan. Sungguh la. Mencabar sungguh-sungguh. Sampai sahaja rumah, memang letih. Sangat menguji dan diuji. Seronok memang tak dinafikan. Cuma badan dan  air  badak sumbu.. Kuat semangat. 

NOTA PC  : COVID sedang menjadi.
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama