NANTI APA ORANG CAKAP

NANTI APA ORANG CAKAP | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. HUJAN MASIH LAGI TURUN. Hujan berhenti sekejap kemudian hujan semula. Kalau hujan berhenti pun tetap juga gelap langit. Kepulan awan sentiasa penuh dengan wap-wap air. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. Memang waktunya. Kita terima. Reda. Redah.

Kita terima, reda dan redah macam mana daripada masih dalam perut ibu lagi, kewujudan kita ni menjadi bualan dan menjadi perhatian. Tak percaya cuba tanya mak ayah kita. Masa kita ni masih dalam perut, kita jadi perhatian ke tidak oleh orang lain. Saudara mara, jiran tetangga, kawan-kawan biasanya teruja nak ambil tahu. Paling tidak pun bertanya khabar. Tak gitu.

Itu masih dalam perut. Apatah lagi semakin meniti usia. Setiap peringkat umur tentu sahaja ada fasa yang mewah dengan cerita-cerita. Cerita baik. Cerita kurang baik. Perangai baik. Perangai kurang baik. Semua ada. Ups and downs.  Gitu. Pasti ada. Mesti kena hadap. Kan hidup ni bukan sentiasa tersenyum ketawa terbahak-bahak sahaja.. ada masa menangis tersedu-sedu sampai sembab muka. 

NANTI APA ORANG CAKAP

Sampai sembab muka menangis?. Biar betul. Betul ke angkara pedasnya mulut orang bercakap. NANTI APA ORANG CAKAP. Mentaliti dulu sampai sekarang. Lekat pada diri setiap kita. Bezanya rasa atau perasaan tu tebal atau tipis. Betul tak. MAAF YA JIKA PC KHILAF. Mungkin ada sesetengah orang keble. Kebal dengan kata-kata orang. Tebal telinga. Teguh jiwa. Tak goyang dengan kata-kata orang lain. 

PC mengaku.. ada masa tertentu PC goyang dengan mulut orang. Sungguh. Hati PC tak sentiasa keras. TIDAK. Salah satu pesan mama.. "anak, kadang apa orang cakap kita kena buang terus jangan simpan dalam hati dan fikiran.. tapi kalau apa yang orang cakap tu demi kebaikan anak, ada betulnya.. ambil dan gunakan"..

Nanti apa "orang" cakap.. ada masa jadi garis panduan untuk kita fikir banyak kali sebelum melakukan sesuatu. Kita ada keluarga yang mesti diambil kira segenap sudut yang ada. Tapi kalau apa yang ''orang'' kata itu buat kita ni semakin negatif dan sebagainya memang kena abaikan.. 

NOTA PC  : bijak-bijaklah berfikir dan bertindak mengikut kesesuaian semasa.
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama