31 JANUARI 2024

31 JANUARI 2024 | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. ALHAMDULILLAH. Sempurna 31 hari dibulan Januari. MasyaAllah. Terima kasih Allah. Sungguh!.

31 Januari. Hari ini ulangtahun kelahiran PC. Dua kali dah sambut mama tak ada. Dan sehingga Allah swt izin PC hidup la ulangtahun kelahiran tanpa mama. Biasanya awal-awal mama dah wish. Ringkas ucapannya tapi semua dalam bentuk doa. Allahu. Semoga usia ini menjadi usia yang berkat. Tidak sia-sia. Dipermudahkan urusan beribadah. Menyantuni babah. Terus berbakti untuk mama. Diampuni segenap dosa-dosa. Diberi kesihatan yang baik. Dikurniai rezeki zuriat. Aamiin.


31 Januari. Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, sultan Negeri Johor hari ini angkat sumpah menggalas tugas sebagai YANG DIPERTUAN AGONG YANG KE-17 di ISTANA NEGARA. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. Bumi merah biru malah seluruh rakyat menyaksikan perjalanan YDPA sejak awal pagi lagi baik secara langsung di hadapan mata atau melalui siaran langsung dikaca televisyen. Daulat Tuanku. Allah izin.. kembali nanti ke bumi Darul Ta'zim pada 2030. 

Mungkin ada yang rasa lambatnya Januari nak habis. Ada juga yang rasa, eh cepatnya dah nak melangkah ke bulan Februari. Rasa atau perasaan masing-masing. Kenyataannya esok Februari. Selamat datang Februari. Mana yang patut selesai Januari tapi tak dapat selesaikan.. teruskan dibulan Februari la pula ya. Janganlah stop. Kuat semangat. Yakin. Boleh!!.

Segalanya mungkin. Tiada yang mustahil bila Allah swt mahu ianya terjadi. Cepat atau lambat. Ada garis waktunya. Sekian Januari. Selesai 31 hari daripada 365 hari yang dipinjamkan. MasyaAllah. Alhamdulillah. Allahuakbar. Akan datang kita tak tahu macam mana corak dan warnanya. Semoga sentiasa dalam kasih sayang Allah swt.  Diberkati hidup dunia hingga akhirat nanti.

NOTA PC : JANGAN RASA SYUKUR KURANG BERBANDING NIKMAT
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama