BILA TERDESAK SAHAJA

BILA TERDESAK SAHAJA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. AWAL PAGI abah pergi kebun. Sambung kerja semalam yang belum selesai. Sikit lagi. Semalam angkat tandan. Pagi ni nak kutip biji sawit yang dah gugur. Sekejap je kata abah.

Dua tiga hari lepas babah yang nyawit. Alhamdulillah dah selesai. Syukur. Awal pagi abah keluar, eh tiba-tiba abah balik. Cari mak. Dengar mereka sembang cuma tak jelas sangat. Biasanya nanti kami tau juga. Hik.. hik.. hik. Alah biasalah tu.

Tak berapa minit abah mak keluar bilik. Abah laju ke kebun semula. Mak panggil PC.  "Nak tengok ular tak... abah bunuh ular kat belakang.. kat kebun"..... huhhhh. Dah agak dah. Sebab sebelum ni ular sawa besar lengan orang dewasa dok makan burung merpati. Sekali dia ngap tujuh ekor. Termenung abah dengan mak. Sebelum tu ular sawa juga. Ngap kucing kesayangan mak. Menangis mak. Mahu tak menangis. Mak sambut masa dia lahir.

Berdesuplah kami ke belakang. Ke kebun. Bukan main lagi abah. Macam pakar forensik gitu gayanya. Bini dengan anak dan menantu tukang soal. Adoi. Abah.. abah. Buluh tetap stand by kat tangan tu yang tak boleh tahan. Betullah tu. Sebenarnya kata abah ularnya ada dua ekor. Yang satu lesap. Yang satu ni macam main-main la kot. Ingat abah saja balik rumah. Rupanya abah balik ambil buluh. Fuhhh. Masa mula-mula abah jumpa kepala dia dah kembang. Senduknya lebar. Alhamdulillah abah tak gemuruh. 

Dah mula musim panas. Mungkin mereka cari air la. Tak pun cari tikus kan. Tu yang banyak tunjukkan diri wujudnya. BILA TERDESAK SAHAJA bunuh. Lagi-lagi bila mengancam keselamatan dan nyawa kita kan. Kalau tidak. Biarlah dia nak hidup. Aku tak kacau kau.. ehh kau pun janganlah ganggu aku. Gitu sifirnya. Sekarang ni bahaya di mana-mana. Kena berhati-hatilah.

NOTA PC  : dah selamat ditanam.
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Alamak...seram bulu tengkok kak SA...bab ular ni memang surrender

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama