HUJAN LEBAT DAN ASAM PEDAS 2024 | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. SELAMAT TAHUN BAHARU 2024 semua sahabat-sahabat blogger. Apa pun yang kita lakukan semoga dalam reda Allah swt. Sentiasa lancar segenap urusan duniawi apatah lagi ukhrawi ya. Insya Allah.. aamiin.
Sehingga PC menaip ni.. masih lagi hujan lebat. Hujan lebat mencurah-curah. Dah dari tadi. Tengahari tadi dah mula hujan lebat. Ya Allah. Memang sejuk sangat-sangat. Beku. Nak mandi pun fikir berkali-kali. SubhanaAllah. Sejuk suasana menyambut tahun baharu.
Semalam ibu kawan en suami meninggal. Betul-betul selepas waktu asar. Hari terakhir 2023. Hari terakhir juga hidup di dunia. Lembaran 2024 di dunia, lembaran baharu di alam abadi. Terkejut. Sedih sudah tentulah. Tak pernah jumpa tapi sentiasa tahu perkembangan ibu kawan en suami ni. Semoga rohnya dicucuri rahmatNYA. Aamiin.
HUJAN LEBAT. Sejak beberapa hari lepas. Ritma hujan lain macam. Takut. Menakutkan. Sungguh-sungguh lebat. Ditambah angin ribut. Guruh. Kecut perut. Banyak juga kawasan terjejas. Nelayan pun dah ramai yang berehat sementara waktu. Keadaan cuaca tidak mengizini mereka turun ke laut mencari rezeki. Allahu. Dengan duit yang berbaki meneruskan hidup.
Hidup. Hidup bukan untuk makan. Tapi makan sekadarnya untuk hidup. Hari ni asam pedas ikan pari.. permintaan babah. En suami OK pedas. Babah cakap ladanya melada mulut orang ni. Aduhhhh. Harap perut tak meragam. Hujan-hujan, lapar. Kena nasi hangat, asam pedas.. fuhhh berdesing. Alhamdulillah.
Menuju hari kedua di tahun 2024.
NOTA PC : rancak katak bunyi.. cengkerik bersiul
Tags:
Santai Peribadi
Innalillahiwainna ilaihirojiuuunnn...
BalasPadamKecur tengok asam pedasnya, meriahlah jika pedas tapi klu pedas sangat memang berulam air la.
happy new year...menu asam pedas fav husband ..wife dia suka kuah je
BalasPadamsalam tahun baru PC.. waduhhhhh asam pedasssss nyummmm~
BalasPadam