DAH TAK MERAJUK LAGI

DAH TAK MERAJUK LAGI | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. MERAJUK?. Selalu dengar. Selalu tengok orang merajuk. PC sendiri pun ada masa merajuk juga. Menurut kamus dewan, merajuk itu apa. Let's go...

Definisi MERAJUK
 1. menunjukkan rasa tidak suka (enggan bercakap, enggan bekerjasama, enggan bergaul, dll)
2. bersungut-sungut, merungut-rungut (kerana tidak senang hati dll)

Jangan kata merajuk ni cuma budak-budak atau anak kecil sahaja. Setiap peringkat umur ada sikap atau perangai merajuk masing-masing. Gaya dan cara masing-masing juga. Ada yang merajuknya lama. Ada yang sekejap. Ada yang makan tahun ya. Fuhh.. keras betul hati kau Roy. Dialog sungguh ni. 

PC ada anak buah ramai. Anak saudara pun ramai. Sungguh!. Ada pringkat umur masing-masing. Ada rajuk mereka masing-masing juga. Sebenarnya bila diingat semula jadi lucu tau. Nama pun budak.. adoi. Kadang rasa perkara kecil je pun. Tapi bagi anak-anak kecil ianya hal besar. Alah macam PC kecik-kecik dulu pun gitu. Bila ingat-ingat semula.. apa benda la aku ni.. mengaibkan sungguh. Kalau tak gitu namanya budak-budak. Haaa.

Tergerak nak tengok pokok nona babah. Adalah sepokok ni ha. Tak tinggi. Tak rendah. Kata babah pokok nona bonsai. Kikikiki. Rasanya dah lama juga tanam. Dapat rasa buahnya baharu sekali betul. Lepas tu rajin je berbunga. Tapi rezekinya nak sampai jadi buah dan dinikmati belum ada.. sabar je lah. Tiba-tiba eh nampak ada dua putik buah nona. Alhamdulillah. Cakap dengan babah.. babah bukan main teruja. Kikikikiki. Hari-hari ditengok. Risau juga nanti kecewa. Tak pelah. Tawakal. Semoga ada rezekilah.

DAH TAK MERAJUK LAGI....

NOTA PC  : sakit tetak jerit-jerit halau monyet.
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama