DUIT SERINGGIT BANYAK KENANGANNYA

DUIT SERINGGIT BANYAK KENANGANNYA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. TIDAK DINAFIKAN ZAMAN SUDAH BERBEZA. Ini hakikat. Garis waktu sudah tidak lagi sama. Boleh buat perbandingan tapi untuk membuat sesuatu mengikut acuan lama dan sama agak sukar. Betul tak?. Tidak relevant katanya. Namun sedarkah kita, siapa kita hari ini kerana acuan dulu yang tegas dan keras tapi berbatas.

Banyak dan besar jurang perbezaan. Tidak terkejar untuk kita mengecilkan jurang beza yang ada. Hadap sahajalah jawabnya. Tiada dulu tiada sekarang. Sekarang ini satu masa nanti akan menjadi dulu bila waktu yang baharu datang mengambil alih. Betul tak?. Memang tak wajar membandingkan. Tapi bagi PC perlu ditauladani dan dijadikan sempadan. Contohi. 

Contoh mudah. MALAS. Anak zaman dulu, sangat kurang kemudahan yang ada didepan mata dan disekeliling tapi rajin. Sekarang mudah dan canggih serba serbi namun sikap malasnya segelintirnya menjadi-jadi. Okay. ROTAN.  Dulu bila mak ayah rotan anak itu perkara biasa, MENJADI salah satu cara menghukum dan mendidik anak-anak, cuba awak buat sekarang.. silap haribulah kena penjara atas tuduhan mendera kerana mencederakan. Allahuakbar. Satu masa bila anak tu bermasalah.. u turn.. salahkan pula mak ayah kata tak didik anak. 

DUIT SERINGGIT. DUIT SERINGGIT BANYAK KENANGANNYA. KURANG BERSYUKUR atau tuntutan zaman semasa. Harga. Tanda harga sekarang bukan biasa-biasa. Seringgit macam dua puluh sen. Dulu dapat lima puluh sen dah mewah sangat. Aaarghhh jangan samakan dulu dengan sekarang. Ini yang selalu orang cakap. Jadi bantahan. Betul. PC pun tak kata PC setuju atau tidak setuju. Setuju dan tidak setuju pada tempat dan waktunya ikut kesesuaian.

Ba.. babah ada simpan duit seringgit lama-lama tak.. dulu-dulu.. -PC 

Tak ingat.. babah cuba cari.. - babah

Alhamdulillah.  Tadaaaaaa!.

DUIT SERINGGIT BANYAK KENANGANNYA

Seringgit je?. Hurmmmm. Ya Allah. Terus campak. Eleh, itu rezeki tau. Seringgit dicampak, takut sepuluh sen pun menjauh. Ingat lagi mama cakap.. satu sen pun rezeki. Alhamdulillah. Syukurlah. Jangan sombong. Acik PC sampai sekarang, dapat seposen duit baki belanja pun masih lagi teruja. Haaaa. PC salute pada ibu bapa yang ajar anak-anak susah sedikit untuk menjadikan mereka tahu menghargai bila ada. Sedih bila ada ibu bapa ajar anak minta duit lebih daripada yang diberi. Jangan guna istilah gurau sebab nanti jadi kebiasaan. 

NOTA PC  : seringgit menjadi seribu
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. duit seringgit yang atas sekali tu Ldy belum wujud rasanya sebab xde dalam simpanan Ldy.. yang lain2 tu ldy pernah guna dan pegang.. kalau yang kedua tu, selalu koyak.. penjual ikan selalu bagi duit singgit ni dan basah dengan bau ikan.. dan terpaksa jemur.. sellau koyak n perlu disalotap.. :D kenangan.. walaupun cepat koyak tp boleh beli ikan hanya dengan seringgit :D.. sangat banyak nilainya bagi orang miskin..

    BalasPadam
  2. ada lagi PC simpan koleksi duit RM1 lama yer, betul tu PC dahulu sangat berbeza dengan hari ini. Marah orang sekarang kalau kita duk compare tapi zaman dahulu dengan nilai wang RM1 ni lebih bermakna dan sangat relevan dari era masa kini yang kadang-kadang keliru dengan keperluan dan kehendak.. Waallahu a'lamm

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama