MENGIRINGI PERJALANAN AKHIR DI DUNIA

MENGIRINGI PERJALANAN AKHIR DI DUNIA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. GENAP SEMBILAN hari. Akhirnya Allah swt ambil. Kembali ke pangkuanNya. Beliau pemandu van jenazah. Di mana sahaja. Ke mana sahaja. Siang ke. Malam ke. Usia muda hinggalah sebelum Allah swt uji. Puas merata kawasan diselusuri. Fardhu kifayah. 

Sabtu. 17 Februari 2024. Almarhum ni PC panggil Pak Jo. Sepupu babah. Kemalangan depan sekolah rendah PC. Pendarahan dalam otak. Urat tengkuk pecah. Allahu. Koma hinggalah menghembuskan nafas terakhirnya. Di Hospital Sultanah Nora Ismail , Batu Pahat.

Cukup 9 hari.. Ahad 25 Februari 2024. Sebagaimana yang tercatat di Luh Mahfuz, yang telah dicatatkan sejak dalam rahim ibu lagi. Ajalnya, rezekinya, jodohnya. Pada usia 59 tahun, Allah swt ambil kembali roh dan jasadnya.

Pak Jo nilah yang bawa van jenazah.. hantar mana ke tanah perkuburan untuk disemadikan. Selalu Pak Jo buat lawak.. "aku ni selalu bawa van jenazah.. hantar jenazah sana sini.. nanti satu masa orang bawa van ni bawa jenazah aku pulak... ". Ya.. betul. Gurau yang menjadi satu hakikat!!.

Selesai semua pengurusan dengan lancar. Semoga sejahtera di alam abadi. Hidup mati pasti. Pada garis waktu dan takdir yang tercatat rapi. Di hidupkan di dunia, dimatikan untuk kembali ke pemilik HAKIKI. Nanti berkumpul lagi. Semua berkumpulnya di syurga Ilahi. Aamiin.

NOTA PC  : Al Fatihah
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Innalillahiwainnailaihirojiunn. Takziah utk PC dan keluarga. Besar betul jasa Pak Jo hantar semua jenazah ke rumah baru. Moga arwah Pak Jo diampunkan dosa, Allah terima taubatnya dan dikurniakan syurga tanpa hisab.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama